Buletin

HYUNDAI ELANTRA CATAT JUALAN 10 JUTA

Hyundai Elantra yang turut dikenali sebagai Avante di beberapa buah pasaran telah mencatat jualan 10 juta unit di seluruh dunia.

 Hyundai-Elantra-mekanika (7)

Elantra menjadi model pertama Hyundai dan salah satu daripada hanya 10 model yang berjaya mencapai angka jualan itu dalam sejarah industri automotif. Sedan itu dilancarkan 24 tahun lalu dengan purata jualan 420,00 unit setahun atau kira-kira 1,100 unit sehari.

“Mencapai angka bersejarah ini sememangnya bukti kepada kemampuan Elantra dan tarikannya di peringkat global. Elantra menawarkan reka bentuk menarik, fungsi dan prestasi terbaik.

 Hyundai-Elantra-mekanika (4)

“Sebagai sebuah syarikat, ia juga menunjukkan kemampuan kami untuk pantas mengadaptasi kemahuan pelanggan. Di samping melengkapkan kereta kompak dengan ciri-ciri yang sebelum ini hanya ada pada kenderaan mewah,” kata Ketua Pegawai Operasi Hyundai Motor, Tak Uk Im.

Hyundai-Elantra-mekanika (3)

Elantra generasi kelima terus menjadi pilihan utama di pasaran yang segmen sedan kompaknya cukup sengit. Lebih menarik lagi, Elantra berjaya memperoleh pelbagai pengiktirafan tertinggi di seluruh dunia.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button