Buletin

JAGUAR I-PACE TAMPIL LEBIH MANTAP DENGAN PEK ‘I-PACE STEALTH’ – HARGA BERMULA RM12K

Jaguar Land Rover Malaysia baru-baru ini melancarkan Pek ‘I-PACE Stealth’ yang direka untuk menyerlahkan lagi Jaguar I-PACE dengan reka bentuk tersendiri dan penampilan dinamik.

Disamping menyerlahkan prestasi, ketangkasan serta teknologi , pek ‘Stealth’ juga memberikan pengalaman memandu kenderaan elektrik ini lebih baik.

Bagi meningkatkan daya tarikan visual SUV ini, Pek ‘Stealth’ menonjolkan gril depan serba baharu yang menampilkan garis bentuk lebih licin menawan, dalam warna Kelabu Atlas terang dan seimbang diserlahkan lagi melalui lencana hitam/perak Jaguar.

Perincian lain termasuklah didatangkan dengan cermin sisi berwarna hitam manakala difuser belakang, bersama jalur pintu dan bampar sedondon warna badan.

Dinobatkan sebagai kenderaan paling dinamik dalam julat harganya, rangkaian Jaguar I-PACE menawarkan dua pilihan, iaitu Black LE yang boleh didapati pada harga RM460,800 dan HSE, dijual pada harga RM498,800.

Dipacu oleh enjin dwimotor, I-PACE menghasilkan berupaya menghasilkan 400PS dan tork 696Nm serta menawarkan jarak gerak 470km WLTP.

Daya pecutan I-PACE dari sifar ke 100km/j adalah hanya mengambil masa 4.8 saat sahaja.

Sementara, pilihan HSE membawakan pengalaman lebih menarik dengan kerusi prestasi tinggi eksklusif, mengatasi pilihan yang ditawarkan dalam variasi Black LE.

Pek ‘Stealth’ Jaguar I-PACE, dijual pada harga bermula RM12,000, kini boleh didapati di bilik pameran Jaguar Land Rover Malaysia di Ara Damansara dan Pulau Pinang.

Untuk memastikan pakej naik taraf premium ini lebih mudah didapati, pelanggan boleh mendapatkan Kemudahan Pembiayaan pada kadar serendah 1.23% setahun, dan memanfaatkan program Subsidi Faedah.

Layari https://www.jaguar.com.my/ untuk maklumat lanjut mengenai Jaguar I-PACE.

Google ads
Back to top button