
JAM TANGAN AUTOMASI SEVENFRIDAY
Dalam perjalanan merentasi pengindustrian, Sevenfriday meminjam inspirasi daripada mesin dan robot bagi menghasilkan rekaan kali ini. Setiap perincian dilaksanakan dengan jayanya menerusi imaginasi kreatif para pereka. 
KUKA robotik, peneraju dunia dalam aspek pembekalan industri robot berteknologi tinggi muncul sebagai rujukan sempurna. Sevenfriday lantas menjadikan inovasi firma dari Jerman itu sebagai inspirasi. Warna oren yang spesifik dan mudah dikenal pasti pada produk-produk KUKA memberikan ia P1/3 yang tersendiri.
Selain rona signatur KUKA, Sevenfriday juga didatangkan dengan dua warna iaitu biru dan hijau. Ia sekali gus melengkapkan tiga model berwarna yang cuba diketengahkan para pereka bagi menyuntik tenaga ekstra kepada mesin yang mempesona ini.
Jam tangan Sevenfriday terdiri daripada dua eleman integral iaitu kotak atau bekas (box) dan antara muka (interface). Kotak hasil pembangunan kompleks yang diperbuat daripada keluli tahan karat pada item ini berfungsi sebagai pelindung efektif.
Bentuk dan stailnya pula diimbangi sempurna di antara ciri moden dan klasik bagi mencipta atmosfera mengujakan. Bahagian pelindung dikelilingi gelung animasi yang diperbuat daripada material berbeza. Ia bertujuan menambah nilai sentuhan dan pandangan kepada produk ini.
Di dalam kotak tersebut, anda akan menemui bahagian antara muka yang merangkumi jarum, cakera (disc) dan gerakan automatik 82S7 Miyota yang dikategorikan hampir kepada kaliber tanpa henti. Indikatornya direka dan diatur secara terperinci agar kompleksiti gerakan dapat ditonjolkan pada permukaan.
Dial jam tangan ini sahaja diperbuat daripada lima lapisan berbeza dengan 11 aplikasi yang berlainan. Penciptaan kompleks yang menarik ini menghidupkan keterujaan kepada si pemakai setiap kali melihat waktu pada jam tangan.
Gabungan material, kemasan dan variasi warna melengkapkan keunikan koleksi ini dan membolehkan pengguna meneroka pengalaman baharu.
Automasi P1-3 Oren, P1-4 Biru dan P1-5 Hijau kini boleh didapati di semua butik Red Army Watches di seluruh negara. Antara cawangannya di Malaysia adalah di Pavilion Kuala Lumpur, Tropicana City Mall, 1Utama; Petaling Jaya dan Mad.Is.On; Bangsar.
Ketiga-tiga jam tangan ini dijual pada harga RM3,820. Sebarang pertanyaan boleh dikirimkan menerusi e-mel ke malaysia@sevenfriday.com.







