Modifikasi

SUBARU IMPREZA 2 PINTU

Sebenarnya, kalau tanya pada Imelda Marcos sekalipun, kereta Impreza 22B memang jadi impian sesiapa sahaja. Ini kereta yang sangat jarang boleh ditemui. Maksudnya, kalau ada duit sekali pun, belum tentu boleh dibeli. Ini bukan soal duit. Ini soal ada atau tak barang yang nak dibeli. 

sti22

Realitinya, Impreza dua pintu badan GC8 ia barang yang boleh dikatakan sebagai super rare. Seingat saya yang sudah menulis majalah modifikasi kereta lebih 10 tahun, rasanya ini baru kali kedua berjumpa dengan Impreza coupe ni. Kereta ini memang unik dan tidak ada satupun saingannya, walaupun Impreza dibini untuk bersaing dengan Mitsubishi Lancer Evo. Ada jumpa Evo dua pintu?

sti24

Jentera ini tidak boleh dibandingkan. Walaupun tidak laju seperti siri RA, Spec C atau S series, bentuk binaan itu sendiri yang menyebabkan harganya tak mau jatuh-jatuh sampai sekarang. Harganya memang sangat subjektif sebab rarity itu tadi. Ia boleh dijual pada harga RM70,000 atau mungkin boleh jadi RM110,000. Nampak bezanya?

sti19

Kereta ini ditemui di Shah Alam, setelah puas sesi kejar-mengejar akhirnya berjaya juga dapatkan tarikh untuk sesi merakam foto. Pemiliknya masih berjiwa muda, tak dapat dipastikan bagaimana dia dapat membeli kereta ini dulu. Tak kisahlah, apa yang lebih penting, anda semua dapat tengok kereta ini secara live dan tahu bahawa spesis begini memang wujud di Malaysia.

sti1

Modifikasi yang dijalankan pada enjin boleh dikatakan agak ekstensif dengan penukaran turbo asal. Sistem pengurusan enjin menggunakan khidmat E-Manage dengan meter Defi yang disorok di bawah glove box sebelah kiri.

sti18

Sistem suspensinya datang dari Cusco jenis boleh laras. Jangan bimbang sebab peralatan undercarriage kereta masih berkongsi bahagian dengan model GC8 yang lain. GC8 juga sebuah kereta yang ‘true’ sebab generasinya bermula tahun 1992 sampai 1999/2000. Jadi alat ganti bukanlah satu masalah.

sti20

Rim yang digunakannya ialah Advan Racing RCII 18 inci. Tidak forged, bukan multipieces atau staggered. Cast iron, tetapi bentuknya memang padan sangat dengan era kereta ini. Kalau kereta dah cun, bubuh rim apa pun tidak nampak cacat lah senang cakap. Rim ini kemudian dipadankan dengan tayar Nankang  235/40/18. Apabila  diamati betul-betul, warna kuning dengan rim ini membuat jentera tersebut nampak tegap dan laju.

sti8

Bahagian badan kereta idtak banyak yang berubah. Masih kekal dengan bentuk version 5 yang solid dengan bonet gentian karbon di depan. Bahagian dalaman kereta pula kelihatan lebih terjaga berbanding usianya. Kalau tak silap saya, body kereta ini keluaran tahun 1997.

[hr]Spesifikasi

Model: Subaru Impreza / 1997

Enjin: EJ20T, K&N Drop-in, Greddy E-Manage.

Transmisi: Lima kelajuan manual

Rim: Advan Racing TCII 18

Tayar: Nankang 235/40/18

Dalaman: Standard, Defi dan lain-lain

Luaran: Bonet karbon, warna kuning solid

[hr]Galeri

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCsti10sti9sti11sti12SONY DSCSONY DSCsti17sti21sti23sti26sti31sti32SONY DSC

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button