Buletin

JANGAN JADI SEBAHAGIAN DARIPADA STATISTIK

Sejak Jumaat lalu, warga kota mula pulang ke kampung halaman masing-masing. Pengendali lebuh raya di Malaysia, PLUS menjangkakan trafik di lebuh raya utama akan meningkat sebanyak 15 peratus kepada 1.5 juta kenderaan sehari sepanjang musim perayaan ini.

Ford-CNY-travel-safe-mekanika (5)

Dengan keadaan jalan raya yang semakin sesak dan ramai ingin pulang ke kampung secepat mungkin, mungkin ada baiknya jika kita bertenang dan ingat beberapa perkara sebelum memulakan perjalanan.

Ford-CNY-travel-safe-mekanika (2)

Selenggara Kenderaan Anda

Ikut enam langkah mudah ini untuk memastikan kereta anda berada dalam keadaan terbaik dan bersedia menempuh perjalanan yang jauh:

  • Periksa takat minyak enjin

Pastikan enjin sejuk atau sudah dimatikan sekurang-kurangnya selama sepuluh minit sebelum memeriksa takat minyak enjin anda menggunakan dipstick yang ada di bawah hud 

  • Periksa takat cecair penyejuk dan bendalir brek

Pastikan takat cecair penyejuk dan bendalir brek berada di tengah-tengah penanda tinggi dan rendah 

  • Periksa semua lampu seperti lampu utama, lampu kabus, lampu brek dan lampu isyarat membelok

Pastikan semua lampu ini dapat berfungsi dengan baik sebelum anda memulakan perjalanan 

  • Periksa tekanan dan bunga tayar

Periksa tekanan angin dengan kerap. Tekanan angin yang dicadangkan untuk tayar anda biasanya boleh didapati pada satu pelekat di pintu hadapan kenderaan, di dalam ruang penyimpanan barang hadapan atau buku manual 

  • Periksa jika ada lampu amaran yang menyala

Pastikan tidak ada lampu amaran yang menyala pada papan pemuka kenderaan sebelum memulakan perjalanan 

  • Sekira anda pulang dengan anak-anak, pastikan tempat duduk mereka dipasang dengan sempurna

Terdapat beberapa sistem cagak yang berbeza. Tidak kisah apa yang anda pilih, pastikan tempat duduk kanak-kanak dipasang dengan betul. Pastikan juga tali pinggang keledar dan semua ubah suai diikat dengan kemas untuk mengurangkan pergerakan jika berlakunya kemalangan

Ford-CNY-travel-safe-mekanika (4)

Tip-tip khas memandu pada waktu malam

Ada orang yang gemar memandu pada waktu malam. Ia boleh menjadi satu cara yang bagus untuk mengelakkan kesesakan, tetapi ia mungkin sedikit berbahaya apabila keadaan  menjadi semakin gelap. Pada waktu malam, jarak pandangan adalah terhad. Anggaran jarak, pengecaman warna dan pandangan akan terjejas sebaik sahaja matahari terbenam. Di sini ada beberapa tip berguna untuk anda:

  • Sentiasa Peka

Ya, anda mungkin seorang pemandu yang bagus pada waktu malam. Tetapi jangan anggap semua orang sama seperti anda. Sentiasalah peka – periksa dengan teliti pergerakan kenderaan lain ketika anda melalui simpang atau berhenti, walaupun anda sudah berada di laluan yang betul. Ambil sedikit masa untuk melihat pergerakan kenderaan lain apabila lampu merah bertukar hijau, berikan lebih ruang kepada kenderaan lain. Ingat bahawa kenderaan mungkin kelihatan lebih jauh pada waktu malam berbanding jarak sebenarnya. Jadi, ambil kira faktor tersebut sebelum mengubah laluan.

  • Jangan Mengantuk

Memandu dalam keadaan mengantuk sama bahayanya seperti memandu ketika mabuk. Ketidakupayaan kognitif selepas 18 jam berjaga adalah sama dengan seseorang yang darahnya mempunyai kandungan alkohol (BAC) sebanyak 0.05%. Selepas 24 jam berjaga, ketidakupayaan sama seperti BAC 0.10%, lebih tinggi berbanding had yang dibenarkan oleh undang-undang.

Jika anda mula berasa penat, berhenti dan kemudian cari stesen minyak atau pusat rawat dan rehat di sepanjang lebuh raya. Berjalan, ambil udara segar atau tidur seketika. Tidur selama 20 hingga 30 minit boleh mengurangkan rasa penat. Apa yang penting, jangan sesekali melawan keletihan tersebut.

  • Lampu Dalaman Kenderaan

Memandu dalam keadaan lampu pada panel papan pemuka kereta menyala dengan terang boleh mengurangkan keupayaan mata apabila melihat ke arah jalan yang gelap di hadapan. Pastikan lampu papan pemuka dimalapkan dan padam lampu-lampu kecil ketika memandu.

  • Bersihkan Cermin Anda

Jangan ambil ringan dengan kesan cermin yang kotor. Cemin utama yang bersih sama pentingnya dengan memastikan mata anda sentiasa berjaga ketika memandu pada waktu malam. Jalur-jalur pada cermin utama, tingkap dan cermin boleh mengakibatkan cahaya silau yang berbahaya. Jadi, elakkan daripada menyentuhnya dengan tangan untuk mengelakkan permukaan cermin jadi berminyak. Pastikan anda membersihkan cermin dengan kerap dan simpan sehelai kain lembut di poket pintu untuk digunakan.

  • Jangan Ikut Cahaya Lampu

Memandang tepat ke arah lampu kenderaan yang bertentangan akan menjejaskan pandangan anda pada waktu malam, biarpun selepas kereta itu sudah jauh pergi. Cuba gunakan garis di sebelah kiri bahu jalan sebagai penanda untuk membantu anda berada di laluan yang betul ketika bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan.

  • Gunakan Lampu Tinggi Dengan Bijak

Jangan jadi pemandu yang membuatkan pemandu dari arah bertentangan silau kerana lampu tinggi yang anda pasang. Matikan lampu tinggi apabila ada kenderaan yang semakin hampir bagi membolehkan pemandu mempunyai pandangan lebih jelas. Pada masa yang sama mengurangkan peluang cahaya lampu tinggi tersebut masuk ke dalam kabin kenderaan lain. 

Ford-CNY-travel-safe-mekanika (3)

  • Memandu Sendirian

Memandu seorang diri pada waktu malam boleh membuatkan anda rasa sunyi. Tetapi dengan SYNC, anda mempunyai banyak pilihan untuk mendengar muzik. Sama ada mendengar penstriman muzik daripada telefon pintar, dengar lagu kegemaran melalui peranti mudah alih yang dipadankan dengan SYNC atau mendapatkan saluran radio dan aplikasi podcast kegemaran anda. Dengan SYNC, anda tidak akan rasa sunyi lagi.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button