Motosikal

SHARK EVO-ONE KINI DI UK!

Rangkaian topi keledar terbaharu daripada SHARK yang dikenali sebagai SHARK Evo-One dijangka tiba di pasaran United Kingdom (UK) pada bulan ini.

SHARK-EVO-One-mekanika  (3)

Inovasi terbaharu koleksi yang popular itu dikatakan dilengkapi pelbagai ciri teknikal yang telah ditambah baik.

Ini termasuklah sistem Auto-up and Auto-down yang secara automatik menaikkan visor apabila pelindung dagu dinaik atau diturunkan oleh penunggang.

SHARK-EVO-One-mekanika  (10)

Evo-One lebih kompak dan 100g lebih ringan berbanding model terdahulu, Evoline. Ia  juga menampilkan sun visor yang 23 peratus lebih besar.

Profilnya yang ergonomik dan pengurangan bunyi bising angin dapat dicapai menerusi penggunaan teknik Computational Fluid Dynamics (CFD) termaju.

SHARK-EVO-One-mekanika  (11)

Sama seperti semua model topi keledar SHARK, Evo-One boleh menggunakan sistem SHARKTOOTH®. Lebih menarik lagi, Evo-One mengetengahkan sistem visor Autoseal yang meratakan visor ke dalam topi keledar.

Ini sekali gus menghasilkan satu pelindung kali bunyi yang mampu menawarkan perlindungan lebih baik daripada angin. Evo-One hadir bersama visor Pinlock MaxVision dan bahagian dalaman yang boleh ditanggalkan untuk dibasuh.

SHARK-EVO-One-mekanika  (1)

Didatangkan dalam saiz XS hingga XL dalam beberapa pilihan warna menarik, Evo-One ditawarkan pada harga bermula £309.99 (RM1,870) seunit!

Google ads
Back to top button