Buletin

JANJI GEELY-PROTON, TIADA PEMBERHENTIAN PEKERJA, MEREKA MUNGKIN PERLU TAMBAH KAPASITI TENAGA

Kerjasama Proton-Geely yang dimeterai semalam membuka lembaran baru masa hadapan Proton Holdings Bhd. Dengan milikan 49.9 peratus saham kepada Geely, Proton akan menjadi sebuah syarikat yang lebih berdaya saing dengan sasaran penguasaan yang lebih besar.

Namun sebagai entiti Nasional yang kini menerima pelaburan asing, perkara yang tidak dapat dielakkan ialah tentang masa hadapan pekerja-pekerja Proton.

BACA: SAH GEELY KINI RAKAN STRATEGIK PROTON

Naib Presiden Eksekutif Geely, Daniel Li Donghui memberitahu dengan jelas bahawa memberhentikan pekerja bukanlah apa yang mereka bayangkan. “Membeli sebuah syarikat automotif asing adalah dengan harapan untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pengeluaran. Kami akan menggunakan sepenuhnya tenaga kerja yang ada dan kami tidak nampak mengapa kakitangan perlu dikurangkan. Kemungkinan paling besar ialah penambahan bilangan pekerja, bukan pengurangan,” ujar beliau.

Dalam satu kenyataan sama ketika ditanya wartawan, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata, jenama PROTON akan kekal dan bakal mengalami pertumbuhan ketara dengan kehadiran rakan strategik baharu ini.

“Tiada pemberhentian pekerja, itu sangat pasti. Tapi jika kami tidak dapat Rakan Strategik Asing seperti Geely, maka ketika itulah pilihannya ialah mengurangkan pekerja. Buat masa ini, kita di landasan yang betul dengan rakan baru – Geely. Mereka sangat komited untuk mengembangkan pasaran di negara-negara ASEAN.

Melihat kepada rekod Pengambilalihan Geely sebelum ini, ia sangat positif. Sebagai contoh, ketika Geely mengambil alih Volvo, mereka cuma ada sekitar 20,000 pekerja tetapi hari ini, dengan kapasiti pengeluaran yang meningkat, jumlah pekerja bertambah hampir sekaliganda.

 

Google ads
Back to top button