
Duta GIVI, Anita Yusof sekali lagi telah melakarkan sejarah apabila menjadi tetamu Horizons Unlimited (Indonesia) pada 18-21 Mei 2017 lepas. Acara yang berlangsung di Pulau Sumbawa, Indonesia ini mengumpulkan ramai penjelajah bermotorsikal terkenal dari seluruh dunia.
Anita telah berpeluang menceritakan pengalaman dalam jelajah dunia beliau ‘Global Dream Ride 2016’ pada dua sesi yang dijadualkan penganjur.
Horizons Unlimited merupakan satu forum khusus untuk peminat kembara bermotorsikal yang diilhamkan oleh pasangan veteran Grant Johnson dan isterinya Susan pada tahun 1997.
Antara nama besar yang turut berkongsi pengalaman, tips dan petua kembara adalah hos dari Indonesia sendiri Jeffrey Polnaja, Ted Simon (England), Steve Campbell (Australia), Andy Dukes(England), Jeff de Wispelaere(USA) dan pasangan Shannon & Mike Mills (USA). Selain Anita sebagai satu-satunya pengembara wanita Muslim, dua lagi penjelajah wanita yang turut serta berkongsi pengalaman ialah Nicole Espinosa(USA) dan Maggie Magowan(England).
BACA: KEMBARA SKUTER JELAJAH 6 NEGARA DENGAN RM2K
Anita berkata,” Acara ini adalah sangat penting bagi kalangan peminat adventour touring kerana banyak sesi berkongsi pengalaman, tips, teknikal dan berkenalan dengan penjelajah berpengalaman. Saya sangat teruja kerana dipilih sebagai salah seorang presenter untuk acara yang julung-julung kali di adakan di Asia. Selalu nya acara ini berkisar di Eropah dan Amerika sahaja”.
Bertepatan dengan lokasi acara, pihak GIVI Indonesia juga telah menghantar wakil media yang sangat berpengalaman iaitu Wisnu Gareng Guntoro (dapurpacu.com) yang bermotorsikal secara solo dari Jakarta ke Pulau Sumbawa yang jaraknya melewati lebih 3,000km.
Wisnu juga merupakan satu-satunya media yang dibawa dua tahun berturut ke pengembaraan anjuran GIVI Itali iaitu GIVI Explorer 2015 South Africa Tour & GIVI Explorer 2016 Andes Tour.
Pengarah Operasi Internasional, Joseph Perucca juga turut hadir di acara berkenaan sebagai wakil dari GIVI.
Menurut Joseph,”GIVI sebagai pengeluar barangan yang sinonim dengan pengembaraan bermotorsikal sangat menyokong usaha mengumpul dan berkongsi pengalaman antara peserta agar minat terhadap bidang ini terus berkembang”.