Buletin

JEEP SETUJU SAMBUNG LAGI KONTRAK PENAJAAN BERSAMA JUVENTUS

Kelab bola sepak handalan Itali, Juventus akhirnya bersetuju untuk meneruskan kontrak selaku penajan utama bersama Fiat Chrysler Automobiles (FCA) menerusi penggunaan logo Jeep di bahagian hadapan jersi selama tiga tahun lagi. Ini bermakna, logo Jeep akan kekal berada di dada jersi utama Juventus belang hitam / putih sehingga penghujung musim 2023/24 dalam kempen Serie A.

Jeep dan Juventus sebenarnya kelihatan agak sinonim juga apabila bertahan lebih 10 tahun kontrak penajaan setakat ini apabila kontrak penajaan ini bermula sewaktu kempen Serie A musim 2012/13 lagi. Kali terakhir Jeep dan Juventus memperbaharui kontrak penajaan adalah pada tahun 2019 apabila menyaksikan gergasi Turin itu menerima sejumlah €42 juta (RM206 juta) setahun. Suatu jumlah yang agak lumayan juga sebenarnya. Dan dengan kontrak baharu ini, bakal menyaksikan Juventus bakal menerima sehingga €45 juta (RM221 juta).

Dengan jumlah penajaan yang sebesar ini, menjadikan ianya salah satu kontrak penajaan kelab bola sepak yang paling mewah di Eropah. Kira memang banyak jugalah wang penajaan yang diterima oleh Juventus ini. Kira padanlah dengan statusnya sebagai antara kelab elit di Serie A dan juga pentas Eropah. Scudetto Serie A itu entah berapa tahun dah berturut menang. Apatah lagi kini bintang Cristiano Ronaldo kini menyarungi jersi no 7 untuk memperkuatkan kesebelasan utama. Tapi apalah maknanya memang kejuaran tempatan tanpa memenangi Champions League, kan?

Sedikit info untuk BK kongsikan dengan pembaca, kelab bola sepak Juventus ini dimiliki oleh Keluarga Agnelli semenjak tahun 1923 lagi dan kini ianya diuruskan oleh Andrea Agnelli selaku Pengerusi yang mana pegangan sahamnya dimiliki oleh firma induk Exor Group.

Penaja utama Jeep yang mana ianya diuruskan oleh Fiat Chrysler Automobiles (FCA) sebetulnya turut berada dibawah naungan Exor Group yang mana sekali lagi ianya berada di dalam pegangan oleh Keluarga Agnelli. Senang cerita, pusing ikut mana mana pun tang tu juga. Bak kata pepatah, ikan di laut, asam di garam. Dalam kuali bertemu juga. Eh! Eh!

Foto : FB Juventus

BACA : PENAJAAN CHEVROLET BERSAMA MANCHESTER UNITED TAMAT PENGHUJUNG TAHUN INI

BACA : KISAH PENAJAAN PENGELUAR KENDERAAN DAN KELAB BOLASEPAK

Google ads

B K

Back to top button