
NISSAN GT-R KENA SITA DAPAT ‘TUGAS’ BAHARU. HANTAR ORGAN MANUSIA
Sebuah kenderaan boleh disita dengan pelbagai alasan termasuk tidak memiliki insurans kenderaan dan melakukan modifikasi melampau.
Begitupun, sebuah jentera Nissan GT-R yang disita di Portugal mendapat ‘tugasan’ baharu apabila digunakan sebagai kenderaan rasmi menghantar organ manusia.

Melalui hantaran laman rasmi Facebook Guarda Nacional Repulicana “Kualiti dan keselamatan pemindahan organ bergantung kepada waktu diperlukan untuk pengangkutan”
“Bagi memastikan keselamatan, masa untuk sampai ke destinasi perlu dilakukan dengan sepantas mungkin sekali gus menyumbang kepada menyelamatkan nyawa orang lain,” tulis laman berkenaan.
Nissan GT-R tersebut mendapat khidmat 3.8 liter bentangan V6 turbo berkembar yang mampu menjana kuasa mencecah 458 hp dan tork 588 Nm. Ia mampu memecut pecutan 0-96 km/j dalam masa tiga saat.
Guarda Nacional Repulicana telah melakukan penghantaran hampir 3,000 organ sepanjang 10 tahun lalu merangkumi 482803.2 km. – carbuzz
- BACA: NISSAN GT-R 50 BY ITALDESIGN DITERBANGKAN KE JEPUN. TERHAD 50 UNIT, RM5 JUTA
- BACA: REV ENJIN SAMPAI EKZOS BERAPI, NISSAN GT-R INI AKHIRNYA TERBAKAR. NASIB BAIK RAMAI TOLONG PADAMKAN API
- BACA: HONDA CIVIC EG TAPAU NISSAN GT-R DI LITAR DRAG. BETUL KE NI?
- BACA: LIBERTY WALK MODIFIKASI DAIHATSU COPEN JADI SUPERCAR. AMACAM ADA IRAS-IRAS NISSAN GT-R TAK?






