Buletin

KERETA ELEKTRIK NISSAN LEAF AT-EV SERTAI RALI MONGOL 2017

Kita semua maklum bahawa rali merupakan antara sukan bermotor yang paling lasak dan mencabar. Setiap kenderaan yang menyertainya bukan sahaja perlu berkuasa, malah mestilah mampu bertahan luntuk mengharung perjalanan yang sukar.

Jadi, apabila kereta eletrik (EV) boleh bersaing dalam sukan rali, mesti ramai yang tidak percaya dan skeptikal. Namun itulah yang dibuktikan oleh sebuah firma kejuruteraan yang berpangkalan di Scotland, Plug In Adventures.

Plug In Adventures telah mengubah suai Nissan LEAF yang akan menjadi EV pertama menyertai Rali Mongol. Perlumbaan itu memerlukan LEAF melalui perjalanan sejauh lebih 16,000km dari UK ke Mongolia pada musim panas 2017.

Dikenali sebagai LEAF AT-EV (All Terrain Electric Vehicle), ia dibina di atas Nissan LEAF standard berkuasa 30kWh yang menawarkan jarak sejauh 250km dengan sekali caj. Modifikasi utama adalah untuk memastikan ia tidak tersadai apabila tiba di kawasan terpencil.

LEAF AT-EV menggunakan rim Speedline SL2 Marmora dan tayar nipis Maxsport RB3 untuk prestasi lebih baik. Sementara plat besi dan sump guard dipasang sebagai perlindungan tambahan daripada laluan yang kasar itu.

Roof rack yang telah diubah suai untuk menyediakan storan tambahan dan dilengkapi dengan bar lampu 16 LED Lazer Triple-R. Ia berfungsi menghasilkan suluhan cahaya bervoltan rendah ketika hari semakin gelap.

Memandangkan Rali Mongol tidak melibatkan catatan masa, jadi LEAF AT-EV tidak mengabaikan aspek keselesaan apabila dipandu dalam jarak yang jauh. Komponen tidak perlu seperti tempat duduk belakang dibuang untuk menjadikannya lebih ringan.

“Nissan LEAF dipilih kerana ia boleh dipercayai dan mempunyai rangkaian pengecasan pantas yang paling luas di Eropah. Ia juga menerima sambungan 240v Commando terutama di lokasi terpencil,” kata Pengasas Plug In Adventures, Chris Ramsey.

Apa pun, perjalanan ini adalah tentang pengalaman dan bukannya untuk menamat perlumbaan dalam masa paling singkat. Ia juga boleh menunjukkan keupayaan dan versatiliti sebenar sebuah EV.

BACA: INILAH PEMANDU TERBAIK RALI SEPANJANG ZAMAN

GALERI

Google ads
Back to top button