Buletin

MITSUBISHI L200 BARBARIAN SVP – TERHAD 250 UNIT SAHAJA 

Mitsubishi mengumumkan satu divisyen baharu dikenali sebagai Special Vehicle Projects (SVP) yang bertanggungjawab menghasilkan model-model edisi terhad. Jentera pertamanya ialah Mitsubishi L200 (Triton) Barbarian SVP. 

Diinspirasikan daripada model Mitsubishi L200 Desert Warrior, L200 Barbarian SVP terhad kepada 250 unit sahaja. Setiap satunya diberi nombor produksi yang akan dijahit pada perehat kepala.

Trak pikap yang dibina di atas model L200 Double Cab standard itu menerima beberapa alat ganti dan gayaan baru untuk tampil lebih agresif. Antaranya termasuklah rim enam jejari bersaiz 17 inci yang dibalut dengan tayar BF Goodrich. Selain arca roda, gril, roof rails, bampar belakang dan perumah lampu kabus berwarna hitam.

Dari segi peralatan, L200 Barbarian SVP dilengkapi lampu pada bahagian kargo dan lampu utama jenis Bi-Xenon dengan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Pada ruang kabin, sistem navigasi hadir sebagai ciri standard. Pelanggan juga akan mendapat ciri Bluetooth, sistem kemasukan tanpa kunci, kamera undur, kawalan jelajah, alat pengesan hujan dan banyak lagi.

Aspek mekanikal bagaimanapun tidak berubah. Jentera itu masih menggunakan enjin turbo diesel bersesaran 2.4 liter yang mampu menjana kuasa 178bhp.  Bakal dipamerkan pada acara Commercial Vehicle Show 2017 di Birmingham, England ia ditawarkan pada harga £37,174 (RM207,500) seunit.

BACA: SIAPAKAH HERO RALI JEPUN? MITSUBISHI LANCER EVO ATAU SUBARU IMPREZA?

BACA: MITSUBISHI TRITON MODEL 2017 DILANCARKAN

Google ads
Back to top button