Buletin

JIMAT BAHAN API HINGGA 3.75 PERATUS DENGAN FORMULASI BAHARU SHELL FUELSAVE DIESEL

Shell Commercial Fuels telah melancarkan formulasi baru Shell FuelSave Diesel yang mempunyai sifat pembersihan lebih maju.

Formulasi ini membantu pelanggan dalam sektor pengangkutan, pembinaan, perlombongan, dan pertanian meningkatkan ekonomi bahan api sehingga 3.75 peratus serta memulihkan kuasa enjin.

Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain, menyatakan bahawa syarikat komited untuk mengurangkan kesan alam sekitar daripada operasi industri.

“Kami berhasrat untuk membantu mengurangkan kos pemilikan keseluruhan bagi perniagaan yang bergantung kepada teknologi enjin diesel bagi meningkatkan pertumbuhan mereka ke arah perniagaan lebih menguntungkan.”

“Kos semakin meningkat, rantaian bekalan yang berubah, dan cara kerja baru telah memaksa perniagaan untuk menyesuaikan diri dengan cepat. Selain daripada cabaran-cabaran ini, teknologi terus maju, penyelenggaraan enjin menjadi semakin penting serta pemilihan bahan api menjadi semakin kritikal.”

Inovasi dalam bahan api diesel masih memainkan peranan penting dan Shell komited untuk memanfaatkan teknologi bagi membantu pelanggan mendapatkan lebih banyak manfaat daripada kenderaan mereka.

Shell FuelSave Diesel kini mempunyai formula tiga tindakan unik yang menawarkan pembersihan lebih mendalam.

Selepas hanya satu tangki, formulasi baru ini membantu membersihkan deposit muncung penyuntik bahan api dan Internal Diesel Injector Deposits (IDIDs).

Ia juga direka untuk membantu melindungi sistem Exhaust Gas Recirculation (EGR) daripada pembentukan deposit, sekaligus meningkatkan kebolehpercayaan kenderaan.

Dengan menyediakan kesan pembersihan dan mengekalkan kebersihan penyuntik bahan api, formulasi baru ini membantu perniagaan mengelakkan kerosakan dan penggantian yang tidak dirancang, di mana ia boleh menelan kos sehingga RM8,500 untuk satu penyuntik.

Jika diambil kira bahawa enjin enam atau lapan silinder mungkin memerlukan penggantian set lengkap penyuntik, kos ini boleh meningkat sehingga memberi impak kepada keuntungan.

Google ads
Back to top button