Buletin

MAN MALAYSIA PAMER RANGKAIAN PENUH PRODUK DI MCVE 2024 – PERKENALKAN MAN TGE

MAN Truck & Bus (M) Sdn Bhd (MAN Malaysia) mempamerkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatannya buat pertama kali di Malaysia sempena Malaysia Commercial Vehicle Expo (MCVE) edisi 2024.

MAN TGS Prime Mover, trak spesifikasi EURO V terlaris Malaysia, menerajui barisan produk hebat MAN menerusi dua varian – 6×4 dan 6×2 ADR (Accord Dangereux Routier atau peraturan Eropah untuk spesifikasi Barang Berbahaya). 

MAN TGS terkini lebih teguh, dipertingkatkan lagi dengan ciri aerodinamik yang lebih baik dan dilengkapi dengan ciri keselamatan lebih tinggi.

Turut dipamerkan ialah casis Bas/Koc MAN RR5, yang kini didatangkan dengan enjin spesifikasi EURO V sebagai pilihan standard. 

Dipertingkatkan dengan Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) sepenuhnya, ia menawarkan keselamatan optimum kepada pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya yang lain.  

Membuat penampilan sulung rasminya di Malaysia ialah penyelesaian pengangkutan harian yang serba boleh, Van MAN TGE.

Sebagai salah satu van terlaris di Eropah, MAN TGE bersedia untuk memenangi segmen pasaran baharu apabila dilancarkan pada masa hadapan.

Dipacukan oleh enjin turbodiesel 2.0 liter, MAN TGE mudah diubahsuai untuk pelbagai kegunaan dan ia boleh didapati dalam bentuk Van Panel, Cab Chassis, Cab Krew, Van Combi, Bas Mini ataupun Camper Van.

Perkembangan berkaitan, MAN Malaysia telah mengumumkan pusat servis Shah Alam melanjutkan waktu operasinya kepada 18 jam bermula pukul 8.30 pagi hingga 2.30 pagi keesokan harinya mulai hari Isnin hingga Jumaat.

Menurutnya, penambahan syif lewat sehingga pukul 2.30 pagi akan memberikan fleksibiliti kepada syarikat pengangkutan untuk mengoptimumkan operasi mereka. 

Temu janji boleh dibuat melalui perkhidmatan tempahan dalam talian di laman web www.man.com.my.

GALERI:

Google ads
Back to top button