Buletin

JUALAN FORD PADA MAC NAIK 24%

Ford hari ini mengumumkan jualan runcit untuk bulan Mac di Malaysia meningkat sebanyak 24 peratus kepada 650 unit berbanding bulan sebelumnya.

Ford-Malaysia-March-sales-2016-mekanika (3)

Prestasi itu dipacu oleh permintaan memberangsangkan terhadap trak pikap Ranger yang lasak apabila jualan Mac menokok sebanyak 19 peratus berbanding bulan sebelumnya kepada 513 unit.

Ranger menampilkan rangkaian sistem keselamatan yang menerajui kelasnya. Ini termasuklah sehingga enam beg udara serta teknologi bantuan pemandu seperti Lane Keeping Aid, Adaptive Cruise Control, Electronic Stability Control dan kamera undur untuk varian XLT dan WildTrak.

Ford-Malaysia-March-sales-2016-mekanika (1)

Dengan kemampuan mengharung air sedalam 800mm, di samping keupayaan menunda dan mengangkut beban yang terbaik dalam kelasnya, Ranger memang trak yang paling berkeupayaan di Malaysia.

“Kami gembira kerana pemintaan terhadap Ranger terus kukuh di Semenanjung dan Malaysia Timur,” kata Pengarah Urusan Malaysia dan Pasaran Membangun Asia Pasifik, Ford Motor Company, David Westerman.

Ford-Malaysia-March-sales-2016-mekanika (4)

Penghantaran pertama Focus baharu juga bermula pada Mac. Dilengkapi enjin 1.5 liter EcoBoost, Focus ialah model kompak paling berkuasa di Malaysia. Ia juga menjadi salah satu model yang paling terhubung menerusi beberapa teknologi pintar seperti SYNC 2, Perpendicular Park Assist, BLIS dengan Cross Traffic Alert dan Active City Stop yang telah dipertingkatkan.

Mac turut menyaksikan Ford dan pengedarnya, Sime Darby Auto Connexion memulakan siri jelajah untuk memperkenalkan rangkaian model terkini Ford. Siri jelajah itu akan diteruskan pada April di Star Mega Mall, Sibu, Aman Central Mall, Kedah; 1Utama, Selangor dan Spring Mall, Kuching.

Google ads
Back to top button