Motosikal

AKSESORI LENGKAP SW-MOTECH UNTUK HONDA AFRICA TWIN

Memetik laporan autoevolution, SW-Motech kini memperkenalkan aksesori lengkap untuk motosikal adventure, Honda CRF1000L Africa Twin baharu.

Honda-Africa-Twin-full-SW-Motech-accessory-mekanika (1)

Jenama dari Jerman itu menawarkan pelbagai alat ganti yang fokus kepada aspek perlindungan. Malah, komponen yang dihasilkan khas untuk membuatkan perjalanan lebih mudah dan selesa turut ditawarkan.

Pelanggan boleh membeli bar-bar pelanggaran, belly pan aluminium dan rangkaian luas komponen yang mampu melindungi Honda CRF1000L Africa Twin sebaik sahaja memasuki laluan mencabar.

Honda-Africa-Twin-full-SW-Motech-accessory-mekanika (7)

Turut berada dalam senarai aksesori itu ialah bekas takungan bendalir brek belakang, pelindung rantai,plat untuk bahagian tengah jentera dan banyak lagi.

Katalog SW-Motech menawarkan sistem ruang penyimpanan yang sesuai untuk semua. Dikatakan sebagai antara produk terbaik SW-Motech, kotak-kotak barang itu hadir dengan sistem kunci Quick-Lock dan kalis air.

Honda-Africa-Twin-full-SW-Motech-accessory-mekanika (6)

Beg tangki dan beg belakang dengan pelbagai saiz juga boleh dipilih. Tidak cukup? Bagaimana dengan kotak sisi aluminium TRAX, cagak kamera, navigasi, pelindung tangan dan kusyen tempat duduk?

Honda-Africa-Twin-full-SW-Motech-accessory-mekanika (4)

Pendek kata, SW-Motech mungkin boleh menjadi pusat sehenti untuk pemilik Honda CRF1000L Africa Twin yang mahu menukar jentera masing-masing menjadi motosikal adventure sebenar.

Google ads
Back to top button