Buletin

HONDA BRIO FACELIFT DI IIMS 2016

PT Honda Prospect Motor (HPM) memlancarkan versi facelift model kompaknya, Brio pada acara Indonesia International Motor Show (IIMS 2016) baru-baru ini.

Honda-Brio-facelift-Indonesia-2016-mekanika (4)

Brio turut tampil dengan varian baharu iaitu Brio RS dan Brio Satya yang dilengkapi pelbagai penambahbaikan termasuklah transmisi CVT daripada Earth Dreams Technology Honda.

Brio mula diperkenalkan pada tahun 2012 sebagai sebuah kereta bandar. Menawarkan reka bentuk menarik dan jimat bahan api, Brio kini menerajui pasaran kereta kompak di Indonesia dengan jualan mencecah 75,000 unit.

Honda-Brio-facelift-Indonesia-2016-mekanika (2)

Jentera yang termasuk dalam program Low Cost Green Car (LCGC) itu dikuasakan oleh enjin 1.2 liter i-VTEC. Mampu menghasilkan kuasa 88hp @ 6,000 rpm dan tork paling tinggi dalam kelasnya iaitu 110Nm @ 4,800rpm, enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear manual dan CVT lima kelajuan.

Honda-Brio-facelift-Indonesia-2016-mekanika (5)

Brio didatangkan dalam enam warna menarik iaitu biru, hitam, putih, merah, Modern Steel Metallic dan Lunar Metallic.

Senarai harga Honda Brio di pasaran Indonesia: 

–    Honda Brio Satya S M/T        Rp 129,600,000  (RM38,373)

–    Honda Brio Satya E M/T        Rp 134,600,000  (RM39,856)

–    Honda Brio Satya E CVT       Rp 149,600,000  (RM44,297)

–    Honda Brio RS M/T               Rp 159,700,000  (RM47,290)

–    Honda Brio RS CVT              Rp 174,700,000 (RM51,732)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button