Buletin

JUALAN PROTON MENINGKAT 13% PADA OKTOBER 2017 – SAGA & PERSONA TERUS DAPAT SAMBUTAN

PROTON mencatatkan lonjakan jualan sebanyak 13 peratus pada Oktober 2017 dengan 5,083 unit berbanding 4,498 unit sepanjang September 2017.

Prestasi jualan ini memperlihatkan kenaikan 6 peratus untuk bulan Januari – Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 61,380 unit berbanding 57,734 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Saga dan Persona terus menguasai trend jualan apabila menyumbang 70 peratus kepada keseluruhan jualan kereta Proton dengan 26,343 unit Saga dan 16,833 unit (Persona). Dengan harga serendah RM35,590 untuk varian Standard 1.3L sehingga RM44,342 bagi varian Premium CVT 1.3L, Saga baharu menawarkan pemanduan yang lancar, jimat dan memiliki pebagai ciri moden.

Dari segi keselamatan, Saga telah dinaik taraf kepada 4 bintang oleh ASEAN NCAP apabila varian Premium dipasang dengan ciri-ciri seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, sistem kawalan cerun, beg udara, ISOFIX dan tambatan atas (top-tether), dengan sensor di seluruh bahagian kereta.

Persona memperlihatkan kenaikan 57.7 peratus dengan jualan sebanyak 16,833 unit berbanding 10,687 unit pada tempoh yang yang sama tahun lalu. Persona bukan sahaja mempunyai reka bentuk baharu, malah menawarkan ruang but sebesar 510 liter.

Dengan harga bermula RM44,831 pemilik Persona dapat memiliki kereta yang bertaraf 5 bintang oleh ASEAN NCAP. Bersama sensor di seluruh bahagian kereta, ESC, ABS dengan EBD, bantuan brek, sistem kawalan cengkaman dan bantuan kawalan cerun sebagai ciri-ciri standard pada semua varian.

 

RM0 kos penyelenggaraan dan penjimatan sehingga RM8,000

Jangan lepaskan promosi 5 Nilai Hebat yang sedang berlangsung sekarang iaitu RM0* kos penyelenggaraan sehingga 5 tahun dan penjimatan sehingga RM8,000 untuk sebuah kereta Proton.

Penyelenggaraan RM0 itu merangkumi alat ganti, minyak enjin dan kos buruh demi memberikan ketenangan fikiran kepada para pelanggan. Dari hanya RM398 sebulan, pelanggan boleh membawa pulang sebuah kereta Proton.

Maklumat lanjut, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel kepada [email protected] Pelanggan juga boleh melayari www.proton.com atau aman Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

*Caj penyelenggaraan RM0 tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana-mana tiba dahulu)

Google ads
Back to top button