Buletin

JUMP-START KETIKA KECEMASAN: JIKA RAGU-RAGU, RUJUK BUKU PANDUAN

Media sosial baru-baru ini ‘mengesyorkan’ supaya pemilik kenderaan proton supaya tidak melakukan jump start kerana ia akan menyebabkan kerosakan teruk kepada Unit Kawalan Transmisi (TCU).

Proton-battery-jump-start-mekanika (4)

Namun, Proton semalam tampil menyangkal salah tanggapan tersebut dan menyatakan semua kereta boleh jumpt start. Walau bagaimanapun, seperti OEM lain, kereta-kereta Proton telah dilengkapi sistem elektronik yang sensitif kepada terhadap kuasa.

Justeru, Proton ingin memberi panduan lebih tepat mengenai perkara ini. Selain memberi jaminan penggunaan kabel jump start adalah selamat untuk menghidupkan enjin. Selagi berpandukan langkah-langkah yang betul, seperti yang dinyatakan dalam buku Panduan Pemilik Proton.

Proton-battery-jump-start-mekanika (2)

Prosedur yang betul untuk melakukan jump start adalah dengan menyambungkan terminal (+) bateri dari kereta yang membantu kepada terminal (+) bateri kereta yang terjejas.

Tetapi, terminal (-) dari kereta yang membantu mesti disambungkan ke badan kereta yang terjejas, BUKAN pada terminal (-) kereta tersebut. Jika ragu-ragu, rujuklah buku Panduan Pemilik Proton.

Proton-battery-jump-start-mekanika (1)

Sila ikuti langkah-langkah di bawah jika hendak melakukan jump start:

  • Kenderaan mestilah dirapatkan supaya kabel “jumper” boleh disambungkan, tetapi pastikan kenderaan tidak menyentuh satu sama lain. Sekiranya bersentuhan, ia boleh menyebabkan sambungan bumi yang tidak diingini. Kenderaan mungkin tidak akan dapat dihidupkan dan pembumian tidak diingini boleh merosakkan sistem elektrik TCU.
  • Kenderaan yang membantu mestilah mempunyai bateri 12-volt dan keupayaan (Ah) bateri penggalak tidak boleh lebih rendah berbanding bateri yang tidak boleh digunakan. Ini bagi mengelakkan kerosakan litar pintas pada kedua-dua kenderaan.
  • Gunakan hanya kabel “jumper” dengan pengapit bateri berpenebat.
  • Kenderaan mestilah berada dalam keadaan “P” (PARK) untuk transmisi automatik dan “N” (NEUTRAL) untuk transmisi manual.
  • Matikan pencucuhan pada kedua-dua kenderaan terlebih dahulu.
  • Apabila menyambungkan kabel penggalak, jangan sambungkan positif (+) kabel ke negatif (-) terminal atau ia akan menyebabkan percikan api dan bateri boleh meletup.
  • Kabel “jumper” negatif (hitam) tidak boleh dikapit ke saluran bahan api dengan sarung logam atau ke penapis bahan api atau garisan brek kerana ini boleh menyebabkan kebakaran.
  • Hidupkan enjin kenderaan yang mempunyai bateri penggalak, biarkan enjin hidup untuk beberapa minit dan kemudian hidupkan enjin kenderaan yang terjejas.
  • Selepas enjin dihidupkan, buka sambungan kabel mengikut urutan terbalik.

Untuk panduan yang lebih terperinci, pemilik kereta Proton dinasihatkan untuk merujuk kepada buku panduan. PROTON sentiasa memastikan kereta-keretanya dikeluarkan mengikut piawaian keselamatan yang tinggi dan tidak menjejaskan keselamatan pelanggan.

Untuk pemeriksaan lanjut dan penukaran bateri, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan kami di 1800 888 398 atau emel kepada [email protected]

Google ads
Back to top button