Buletin

HONDA CIVIC – THE REAL POWER OF DREAMS

44 tahun dan 10 generasi, Civic, model paling penting dalam rangkaian Honda Motor Jepun telah dilancarkan secara rasminya pada pagi tadi di KLCC.

Honda-Civic-gen-10-mekanika (4)

Menjadi antara model yang paling ditunggu-tunggu pada tahun ini, Civic kembali dengan wajah serba baru, meletakkan garis masa berbeza dengan generasi ke sembilan (Civic FB) sebelum ini.

Anda boleh baca laporan penuh pandu uji unit yang sama dari krew kami di Thailand bulan lalu di SINI.

Honda-Civic-gen-10-mekanika (3)

Walaupun secara keseluruhan, Honda mencatat prestasi terbaik dalam sejarah sebagai jenama No 2 paling laris di Malaysia tahun lalu, sebenarnya, Civic lembap pasarannya.

Sektor pemilikan kenderaan kenderaan telah berubah di mana segmen B (City dan Jazz) mengambil alih jualan Civic. Begitu juga dengan HR-V dan CR-V yang mengambil alih posisi kenderaan penumpang segmen C. Secara keseluruhannya, segmen C dalam industri automotif tempatan jatuh 19% dari pasaran semasa.

Honda-Civic-gen-10-mekanika (5)

Dengan model baru generasi ke-10 ini, Honda Malaysia sangat yakin mereka ada produk yang bagus. Mereka mensasarkan 1,200 unit jualan sebulan agar dapat kembali ke landasan asal sebagai pemain segmen C yang dominan. Untuk rekod, sejak dibuka pada awal bulan lalu, Honda Malaysia telah menerima ,1400 tempahan awal.

Tiga varian utama diperkenalkan iaitu 1.8S, 1.5 turbo (1.5TC) dan 1,5 turbo premium (TC-P). Di sebalik harga yang berbeza, spesifikasi asas tak banyak berubah. Semua varian dilengkapi fungsi Remote Engine Start, Walk Away Auto Lock, brek parkir elektrik dan Auto Brake Hold.

Honda-Civic-gen-10-mekanika (2)

Semua varian juga dilengkapi enam beg udara, VSA, ABS dan EBD, Brake Asist, Hill Start Assist, Emergency Stop Signal (ESS) dan ISOFIX.

Berikut ialah perbezaan mengikut spesiifkasi:

Varian 1.8S    1.5TC 1.5TC-P
Kuasa enjin 141ps 173ps 173ps
Roda 215/55r16 215/50r17 215/50r17
Lampu utama halogen halogen LED
Lambu kabus halogen halogen LED
Paddle shift ada ada
Hendal pintu warna badan warna badan krom
Pendingin hawa tunggal/auto tunggal/auto berkembar / auto
Dalaman fabrik hitam kulit / hitam kulit / hitam
Navigasi ada

Honda-Civic-gen-10-mekanika (10)

Harga jualan atas jalan termasuk insurans ialah;

1.8S                RM 113,800

1.5TC             RM 127,800

1.5TC-P         RM 135,800

Honda-Civic-gen-10-mekanika (12)

Dalam sidang media tersebut juga kami sempat bertanya tentang model Type-R. Kali terakhir Honda Malaysia membawa masuk model sports itu ialah menerusi model FD2 Civic ke-8.

Menurut maklumat yang diperolehi, Honda Malaysia tidak bercadang untuk membawa masuk jentera tersebut dalam masa terdekat kerana keadaan ekonomi sekarang. Bagaimanapun, mereka sentiasa menyemak pasaran dan permintaan semasa.

Google ads
Back to top button