Buletin

LEXUS ES250 EDISI TERHAD TAWAR DUA WARNA BAHARU

Lexus Malaysia hari ini menawarkan dua warna eksklusif untuk varian Lexus ES 250 Luxury edisi terhad. Dua warna baru itu ialah biru (Deep Blue Mica) dan emas (Sleek Ecru Metallic) dengan hanya 50 unit ditawarkan (25 unit setiap satu).

Lexus-ES-250-Luxury-LE-mekanika (1)

Model Lexus ES 250 edisi terhad ini juga hadir bersama kemasan dalaman matte Bamboo. Ia kemudian dipadankan dengan skim warna coklat.

Lexus ES 250 dijana oleh enjin petrol 2AR-FE 2.5 liter dengan sistem Dual VVT-I. Enjin empat silinder ini menampilkan sistem induksi akustik boleh ubah ACIS-III untuk mendapatkan kuasa tork lebih tinggi. Dengan nisbah mampatan 10.4:1, enjin itu berupaya menghasilkan kuasa 181hp @ 6,000rpm dan tork 235Nm @ 4,100rpm.

Model esidi terhad ini ditawarkan dengan harga yang sama iatu bermula RM293,900 seunit. Ia juga didatangkan bersama jaminan selama lima tahun dengan jarak perbatuan tanpa had.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.lexus.com.my.

Google ads
Back to top button