Artikel Pilihan

JURUTERA PERISIAN TESLA MENGAKU, VIDEO PROMOSI TESLA MODEL X PANDU SENDIRI ADALAH PALSU

Dalam satu keterangan di mahkamah di Amerika, Tesla telah didapati memalsukan kandungan video yang dihasilkan pada tahun 2016 berkenaan dengan teknologi pandu sendiri berdasarkan keterangan jurutera yang bertugas dengan Tesla

Dalam video yang dihasilkan pada tahun 2016, Tesla Model X didapati boleh memandu sendiri di kawaan bandar, kawasan perumahan, lebuhraya, berhenti sendiri di lampu merah dan memecut semula apabila lampu isyarat bertukar menjadi hijau.

Malah video tersebut masih dipaparkan di laman sesawang Tesla dan di permulaan video anda akan membaca kenyataan Tesla “individu yang duduk di kerusi pemandu adalah disebabkan keperluan undang-undang, pemandu tidak berbuat apa-apa dan kereta ini bergerak dengan sendiri.

Dalam kes perundangan Wei “Walter” Huang melawan Tesla, Tesla Model X milik Walter mengalami kemalangan pada 23 Mac 2018 sewaktu menggunakan aplikasi Autopilot yang disediakan di lebuhraya California dan meninggal dunia di hospital

NTSB yang menyiasat kes ini berkata kemalangan berlaku disebabkan gangguan pada pemandu dan juga limitasi pada sistem autopilot. Namun pihak NTSB memulakan siasatan pada Tesla disebabkan banyak kemalangan yang berlaku sewaktu Autopilot sedang digunakan

Kes ini mendapat liputan yang meluas dan pihak akhbar The New York Times telah mewawancara 19 bekas pekerja dan pekerja Tesla yang masih bekerja dengan Tesla. Apa yang memeranjatkan ialah pekerja Tesla mendakwa video tersebut bukanlah “original” dan Tesla telah memprogramkan Model X untuk memandu seperti yang diarahkan dalam video

Ashok Elluswamy iaitu Pengarah Program Autopilot Tesla telah dipanggil oleh mahkamah, mengangkat sumpah untuk bercakap benar dan mengesahkan Autopilot tidak mampu menawarkan apa yang ditayangkan dalam video promosi

Ashok memulakan karier di Tesla sebagai jurutera perisian ADAS bermula tahun 2014 dan pada tahun 2016 dia merupakan jurutera senior. Elon Musk meminta pasukan Autopilot untuk merakam dan memalsukan video bagi menunjukkan keupayaan sistem Autopilot

Mengikut kenyataan Ashok di mahkamah, pemandu mesti mengambil alih kenderaan dengan serta merta dan ketika rakaman dibuat Tesla Model X telah mengalami kemalangan sewaktu cuba diparkir secara automatik. Ashok juga mengaku laluan perjalan dalam video telah “dipetakan” ke dalam sistem Autopilot untuk tujuan promosi

Autopilot Tesla secara teori boleh beroperasi di mana-mana tanpa memerlukan input peta atau boleh beroperais walaupun dipandu secara automatik di kawasan yang baru. Namun Ashok mempertahankan sistem Autopilot yang diciptanya dengan mengatakan kemalangan tidak akan berlaku jika pemandu memberi perhatian sewaktu sistem sedang beroperasi

Apa yang jurutera Tesla buat ialah memasukkan maklumat peta 3D dalam Tesla Model X daripada rumah mereka di Menlo Park ke pejabat Tesla di Palo Alto menurut Ashok lagi. Pemandu hanya perlu masuk campur jika terdapat gangguan ketika rakaman dibuat

Penemuan bukti terbaru berdasarkan keterangan Ashok ini ditemui ketika proses perundangan berjalan selepas NTSB memulakan siasatan dan juga siasatan kes jenayah yang dibuka oleh Jabatan Kehakiman Amerika. Anda boleh menonton video promosi palsu Tesla Autopilot di SINI

Google ads
Back to top button