Buletin

AKTIVIS ROSAKKAN IKLAN BMW DAN TOYOTA – RESPONS KERANA DIDAKWA TIDAK PEDULI PERUBAHAN IKLIM

Tiga kumpulan aktivis iklim menyasarkan pengiklanan amalan hijau oleh BMW dan Toyota. Lebih 400 papan iklan Toyota dan BMW di seluruh Eropah dirosakkan oleh kumpulan aktivis, dikenali sebagai Brandalism.

Kumpulan aktivis itu juga memasang papan iklan palsu di Perancis, Jerman, England dan Belgium sebagai aksi tindak balas terhadap peningkatan pengiklanan automotif, terutamanya sekitar 100th Brussels motor show.

Menurut Brandalism, mereka menyasarkan BMW dan Toyota kerana kedua-dua jenama itu disenaraikan sebagai jenama paling teruk dalam usaha menjadikan persekitaran lebih baik, meskipun kedua-duanya nampak telah berusaha keras untuk mengiklankan usaha hijau mereka.

Malah, Toyota lambat memperkenalkan kenderaan elektrik sepenuhnya di mana pada 2021, Toyota berjanji untuk mengkaji semula pendiriannya, berikutan tekanan daripada pelabur. Ia juga berpunca daripada sokongan padu Toyota terhadap kempen calon Republican yang mahu merungkai dasar alam sekitar negara itu, semasa pilihan raya presiden 2020.

Selain menentang kenderaan yang menggunakan bahan api, kumpulan itu turut membantah penjualan SUV besar, walaupun ia adalah elektrik. Mereka mendakwa bahawa kenderaan lebih besar masih menggunakan banyak, memberikan bahaya lebih besar kepada pejalan kaki, selain membuatkan bandar-bandar kecil di Eropah lebih padat.

Menurut BBC, aktivis itu menggunakan iklan palsu untuk menutup pengiklanan kenderaan yang mencemarkan, sama seperti konsep pengiklanan tembakau. Langkah sedemikian bagaimanapun telah diguna pakai di beberapa majlis U.K., termasuk Cambridgeshire, Norwich, dan North Somerset.

Google ads
Back to top button