Buletin

JURUTERA TESLA ALAMI KECEDERAAN DISERANG ROBOT

Seorang jurutera Tesla telah diserang oleh robot semasa kerosakan kejam dan berdarah di kilang Giga Texas, berhampiran Austin.

Dua saksi menyaksikan dengan ngeri ketika rakan sekerja mereka diserang oleh mesin direka untuk memindahkan bahagian kereta aluminium yang baru dituang.

Robot itu telah ‘mengepit’ lelaki tersebut, pada ketika itu sedang memprogramkan perisian untuk dua robot Tesla lain, sebelum menenggelamkan kuku logamnya ke belakang dan lengan pekerja itu, meninggalkan ‘jejak berdarah’  di sepanjang permukaan kilang berkenaan.

Insiden itu menyebabkan mangsa mengalami ‘luka terbuka’ di tangan kirinya – didedahkan dalam laporan kecederaan 2021 yang difailkan kepada daerah Travis dan pengawal selia persekutuan.

Walaupun tiada kecederaan lain yang berkaitan dengan robot dilaporkan kepada pengawal selia oleh Tesla di kilang Texas sama ada pada 2021 atau 2022, insiden itu berlaku di tengah-tengah kebimbangan meningkat selama bertahun-tahun terhadap risiko robot automatik di tempat kerja.

Laporan peningkatan kecederaan akibat rakan sekerja robot di pusat penghantaran Amazon, pakar bedah droid pembunuh, kereta pandu sendiri dan juga keganasan daripada pengajar catur robotik, telah menyebabkan sesetengah pihak mempersoalkan penyepaduan pantas teknologi baharu itu.

Laporan kecederaan Tesla mesti serahkan kepada pihak berkuasa mengikut undang-undang untuk mengekalkan pengecualian cukai yang lumayan di Texas, mendakwa jurutera itu tidak memerlukan cuti kerja.

Namun, seorang peguam yang mewakili pekerja kontrak Tesla Giga Texas telah memberitahu DailyMail, dia percaya, berdasarkan perbualannya dengan pekerja di sana, bahawa jumlah kecederaan dialami di kilang itu kurang dilaporkan.

Laporan yang kurang ini, kata peguam itu, malah termasuk kematian pada 28 September 2021 seorang pekerja binaan. – Berita Harian

Google ads
Back to top button