Buletin

HARGA KOMPONEN TESLA CYBERTRUCK MAHAL? KALAU NAK MURAH BAIK BELI….

Apabila Tesla secara rasmi melancarkan Cybertruck beberapa minggu lalu, ramai menyedari bahawa EV baharu akan menelan kos lebih tinggi berbanding yang diiklankan.

Itulah hakikat perlu ditelan, terutamanya mengambil kira kos penyelenggaraan bagi model EV.

Butiran harga untuk pelbagai komponen didakwa telah dikeluarkan dalam talian Tesla dan sudah pasti, walaupun tidak terlalu tinggi tetapi ia tetap membuat dompet pengguna rabak.

Sebagai contoh, seperti didedahkan oleh tangkap layar yang dikongsi oleh pengguna di Cybertruckowenrsclub, kos untuk menggantikan bilah pengelap cermin untuk Cybertruck adalah AS$165 (RM772).

Sebaliknya, katalog Ford pula menyenaraikan bilah pengelap F-150 pada harga jauh lebih berpatutan iaitu antara AS$24 (RM112) dan AS$18 (RM84).

Butiran harga rasmi lain termasuklah kaca cermin depan, disenaraikan pada harga AS$1,900 (RM8,892) sementara untuk Ford F-150 pula, hanya serendah AS$380 (RM1,778).

Penggerak stereng hadapan akan menjadi kebimbangan besar jika ia rosak, kerana unit itu berharga $3,300 (RM15,445).

Walaupun harga yang disenaraikan di atas tidak semestinya terlalu mahal bagi sesetengah pengguna, namun ia menunjukkan bahawa segala peralihan kepada kepada kenderaan tenaga baharu, perlu poket tebal terlebih dahulu.

Google ads
Back to top button