Artikel Pilihan

TESLA CYBERTRUCK SANGKUT DALAM SALJI, INI SEBENARNYA YANG TERJADI

Adalah satu perkara yang memalukan apabila melihat sebuah Tesla Cybertruck yang digambarkan sebagai sebuah kenderaan pikap 4×4 yang berkuasa elektrik sebagai sebagai sebuah kenderaan paling power tapi akhirnya tersangkut di cerun bersalji.

Kejadian ini adalah hampir sama ketika aksi lagak ngeri yang dilakukan oleh pasukan pemasaran Tesla yang mengetuk cermin sisi Tesla Cybertruck yang akhirnya pecah. Dalam video yang tular baru-baru ini, Jabatan Perhubungan Awam Tesla cuba untuk melakukan satu video pemasaran yang menunjukkan Tesla Cybertruck mampu mengangkut pokok krismas di California’s Stanislaus National Forest

Secara spesifik, Tesla Cybertruck tersebut melalui jalan tidak berturap yang dikenali sebagai Corral Hollow Trail di Stanislaus National Forest. Malangnya Tesla Cybertruck yang merupakan unit pra-produksi “Release Candidate” tersebut gagal untuk mendaki semula lereng bukit yang dilalui sebelum ini. Malah lebih malang lagi ia perlu diselamatkan oleh sebuah trak pikap yang berkuasa petrol yang lain iaitu Ford F-Series

Selain merupakan unit pra produksi atau lebih dikenali sebagai unit prototaip, terdapat beberapa faktor lain yang memainkan peranan yang menyebabkan Tesla Cybertruck ini gagal mendaki bukit yang curam dan bersalji. Antaranya ialah penggunaan tayar Goodyear All Terrain yang bukannya dihasilkan khusus untuk pemanduan di atas permukaan bersalji

Faktor kedua ialah unit prototaip ini memiliki perisian Electrinic Stability Control yang gagal beroperasi dengan berkesan di atas permukaan bersalji. Malah memburukkan keadaan ialah Tesla Cybertruck Release Candidate ini ialah tidak dipasang dengan cangkuk bagi membantunya keluar dengan kaedah penundaan.

Keadaan ini menyebabkan sukarelawan yang menggunakan Ford F-Series perlu menunda Tesla Cybertruck dengan mengikat tali pada poin sistem suspensi. Namun bagi model yang dihasilkan untuk dijual mempunyai cangkuk penundaan bagi membantunya keluar sekiranya tersangkut dalam situasa seperti yang terjadi dalam video

Tapi ia adalah video promosi percuma yang paling berkesan buat Ford F-Series

Google ads
Back to top button