Buletin

Kad Elite DRB-Hicom

PROTON Holdings Berhad (PROTON) memperkenalkan program kesetiaan yang membolehkan pemilik Proton mendaftar secara percuma untuk mendapatkan Kad Elite bagi menikmati faedah eksklusif.

Kad-Elite-DrB-Hicom-mekanika

Kad Elite DRB-Hicom itu diperkenalkan pada Karnival Alami Proton. Mereka yang mendaftar ketika karnival berkenaan secara automatik akan menerima jumlah point terkumpul 300 mata Elite di bawah Program Elite PROTON DRB-HICOM.

Program tersebut berdasarkan kutipan mata dan penebusan. Ia bertujuan memberi ganjaran kepada pengguna dengan 1 mata Elite untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di mana-mana cawangan Proton atau peniaga yang mengambil bahagian di seluruh negara. Ahli akan memperoleh point untuk setiap transaksi yang dilakukan.

Selain itu, ahli Elite turut memperoleh manfaat lain seperti Bantuan Rumah, Bantuan Gaya Hidup dan Concierge Assist, Bantuan Kerosakan, Kemalangan, Tunda, Bantuan Kecemasan serta Diskaun dan Penebusan Istimewa.

Proton-mekanika

Bagi Bantuan Rumah merangkumi pembaikan paip, pendawaian elektrik, servis pendingin hawa, tukang kunci, membersih permaidani, perkhidmatan kawalan serangga perosak dan lain-lain.

Sementara bagi Diskaun dan Penebusan Istimewa pula, setiap ahli layak menerima potongan sehingga 30 peratus bagi harga hotel atau resort dan rakan kongsi kereta sewa MASA (Multi Automotive Service and Assist). Mereka juga layak menerima diskaun sehingga 5 peratus daripada kadar premium untuk pembaharuan insurans motor melalui Program Elite DRB-HICOM di MASA iaitu anak syarikat DRB-HICOM Berhad.

Untuk mengetahui jumlah mata terkumpul dan baki, log masuk ke www.drb-hicomelite.com atau hubungi hotline Elite di talian 1-300-888-303.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button