Modifikasi

RESTOMOD DATSUN 510 COUPE

Kali ini, Mekanika Malaysia berjaya menangkap sebuah kereta yang cukup rare, Datsun 510 Coupe.

Datsun-510-coupe-mekanika (3)

Pemiliknya, Puji ialah peminat setia model 510. Jadi, dalam simpanannya ada beberapa model 510 termasuk sebuah model wagon yang boleh tahan dia punya rare. Model coupe ini hanya pernah kami dengar tentang kewujudannya dan sekali-sekala timbul gambar di internet.

BACA – DATSUN BLUEBIRD VERSI RESTORASI

BACA – 510 COUPE SEBENARNYA MEMANG ADA DI MALAYSIA

Dikuasakan dengan enjin 1,600cc SOHC dengan sistem karburator berkembar, coupe ini berkongsi enjin dan casis model saloon empat pintu SSS, versi prestasi tinggi dalam keluarga 510.

Datsun-510-coupe-mekanika (12)

Bagi seorang purist, enjin asal tidak perlu diusik memandangkan ia boleh diubah suai bagi menghasilkan kuasa yang agak tinggi kalau dimodifikasi dengan betul.

Apabila Puji membeli kereta ini pada tahun 2007 di Sabah, pemiliknya sudah menggantikan enjin asal dengan enjin FJ20DET daripada model Skyline R30. Tetapi enjin itu berada dalam keadaan agak teruk. Maka Puji ambil keputusan untuk menggantikannya dengan enjin SR20DET daripada Silvia S14 (kepala hitam).

Datsun-510-coupe-mekanika (18)

Enjin SR20 sememangnya menjadi pilihan bagi pemilik 510 yang mahu melakukan projek restomod kerana saiznya yang ngam-ngam masuk ruang enjin 510. Enjin SR20 bagaimanapun turut dimodifikasi.

Antaranya termasuklah turbo asal Garret A/R60 yang diletak secara top mount pada enjin menggunakan manifold ekzos custom dari Tonkka bersama-sama sebuah wastegate Tial. Inlet manifold enjin pula dibina secara custom mengikut spesifikasi Jun.

Datsun-510-coupe-mekanika (19)

Turbo itu disejukkan oleh intercooler custom jenis front mount yang disorok di belakang gril kereta. Satu set paip intercooler keluli tahan karat telah dibina di bahagian atas paip diletakkan sebuah injap blow-off Tial.

Untuk menapis udara yang disedut turbo, Puji memilih penapis udara jenis pod terbuka dari HKS Super Power Flow. Bunyi kereta ini tetap garang, walaupun sudah tidak lagi menggunakan enjin karburator. Sebabnya, enjin turbo baru ini dipasang dengan paip ekzos saluran terus tanpa muffler!

Datsun-510-coupe-mekanika (21)

Orang zaman sekarang dah tak larat nak tukar gear sendiri, jadi Puji memilih enjin SR20DET daripada half-cut auto. Kalau sangkut dalam jam, takda la nak sumpah seranah sebab letih tekan klac ye tak?

Lagipun gear auto ni pun dah sedap, sebab enjin ada daya kilas yang tinggi daripada turbo.  Kalau nak laju, tekan sahaja pedal dan kereta yang beratnya dalam lingkungan satu tan ini akan meluru dengan pantas. Gandar belakang Coupe ini diubah suai dengan gandar LSD Skyline R30.

Datsun-510-coupe-mekanika (4)

Kalau mengikut sejarah, Datsun klasik adalah antara kereta buatan Jepun yang paling sedap pengendaliannya. Sebabnya, penanda aras yang jurutera Datsun gunakan ialah BMW. Sebab itu jugalah di negara Barat, Datsun ini digelar ‘poor man’s BMW’ atau ‘BMW untuk si miskin’. Ini kerana kualiti hampir sama dengan BMW, tetapi harganya jauh lebih murah.

Dengan kuasa enjin yang meningkat lebih sekali ganda, pengubahsuaian pada sistem gantungan perlu dibuat. Kalau tidak, barang berharga ini boleh menjadi besi buruk dalam sekelip mata.

Datsun-510-coupe-mekanika (16)

Sistem gantungan jenis bebas pada keempat-empat sudut kereta ini memudahkan proses modifikasi, sebab Puji berjaya menyalin masuk penyerap hentak depan boleh laras Tein daripada Nissan S14 lengkap dengan sistem brek 4 potnya sekali ke chasis 510.

Di bahagian belakang pula, sepasang penyerap hentak Bilstein daripada Mercedes-Benz W124 diubahsuai untuk dimuatkan ke dalam chasis kereta ini. Untuk brek belakang, Puji mengubah suai brek cakera Silvia S13 bagi menggantikan brek gelendong asal.

Datsun-510-coupe-mekanika (23)

Untuk mengisi ruang arca roda, Puji memilih satu set rim Panasport bersaiz 16×7 inci di depan dan 16×8 inci (belakang). Tayar-tayar Yokohama A-Drive R1 bersaiz 205/50/16 dipilih untuk membalut semua rim gaya retro tadi.

Bentuk badan klasik 510 dikekalkan seadanya dengan kerja-kerja modifikasi lebih tertumpu kepada proses restorasi. Bagaimanapun, Puji ada mengenakan aksesori yang kena dengan usia dan gaya kereta klasik ini.

Datsun-510-coupe-mekanika (7)

Sebagai contoh, Puji memadankan lips depan bersama fender flare Nissan 240Z buatan custom. Dia juga menambah sebuah spoiler belakang NISMO yang tak nampak janggal apabila dipadankan dengan kereta Datsun ni.

Bahagian dalaman 510 pun sudah direstorasi dengan  kemas. Sesuai dengan gaya restomod, ruang kabin menampilkan gabungan teknologi lama dan baru dalam satu pakej.

Datsun-510-coupe-mekanika (15)

Di sebalik papan pemuka gaya klasik asal kereta ni, tersimpan sebuah pemain CD dan pembesar suara jenis satelit jenama Pioneer dan Rockford Fosgate. Konsol tengah asal pun diubahsuai dengan kemas bagi menempatkan tuil gear automatik Silvia S14, lengkap dengan butang sports modenya.

Tempat duduk pemandu diganti dengan tempat duduk bucket penuh daripada NISMO. Manakala sterengnya ialah daripada Nardi. Untuk penumpang hadapan, sebuah tempat duduk bucket Corbeau menjadi pilihan. Paling unik ialah pelapik pedal yang dibuat oleh Project µ, ini kali pertama saya tengok.

Datsun-510-coupe-mekanika (22)

Kalau ada pembaca teringin nak beli kereta macam ni, memang saya ucapkan ‘good luck’ sebab memang agak mustahil nak cari model ini di Malaysia. Kalau ada pun dah masuk dalam simpanan Puji.

GALERI

Datsun-510-coupe-mekanika (2)Datsun-510-coupe-mekanika (8)Datsun-510-coupe-mekanika (9)Datsun-510-coupe-mekanika (10)Datsun-510-coupe-mekanika (11)Datsun-510-coupe-mekanika (13)Datsun-510-coupe-mekanika (14)Datsun-510-coupe-mekanika (17)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button