Artikel Pilihan

KAEDAH PENGEKSTRAKAN BARU LOGAM LITHIUM DITEMUI. LEBIH BERSIH DAN PANTAS

Antara isu panas yang menghantui penghasilan EV ialah kaedah perlombongan logam Lithium ketika ini masih menggunakan keadah tradisional. Tanah yang mengandungi logam lithium (disebut sebagai brine) perlu dilombong dengan kaedah pancuran air sebelum diproses dan dikeringkan. Satu tan metrik lithium dilombong dari 70 tan metrik tanah brine

Namuan satu kaedah baru perlombongan dikenali dengan nama “Direct Lithium Extraction” (DLE) atau Pengekstrakan Terus Lithium telah ditemui dan menarik perhatian banyak syarikat besar termasuk Schlumberger untuk melabur dalam indurstri ini bagi memenuhi permintaan Lithium untuk pasaran EV yang makin berkembang.

Kaedah tradisional perlombongan lithium

Kaedah DLE ini menarik banyak syarikat automotif dan bateri disebabkan ia memerlukan tanah brine yang sedikit untuk dilombong, menggunakan air yand sedikit dan tidak memerlukan campuran air dan tanah tadi diproses dan dikeringkan terlebih dahulu.

Kaedah ini telah diuji dalam beberapa siri ujian makmal dimana tanah brine tadi diproses dalam keadaan yang sedikit dan terkawal. Isu utama dalam kaedah ini ialah kaedah ini perlu dibuat dalam skala besar yang digunakan dalam industri. Banyak parameter yang perlu dikawal agar hasil kualiti proses industri sama seperti kualiti yang dihasilkan dalam makmal

Dalam contoh penerangan yang lebih mudah, DLE bertindak sebagai penapis air dirumah dimana dalam tempoh beberapa jam ia boleh memproses beberapa liter air yang selamat untruk diminum. Dalam industri rawatan air, kaedah seperti ini boleh dilakukan secara teori tapi memerlukan beberapa pelaburan yang besar bagi mengubah semula sistem rawatan air dan mempercepatkan proses penapisan.

Kaedah baru perlombongan Lithium yang dicadangkan

Namun kelemahan proses ini ialah ia memerlukan penggunaan elektrik yang besar selain memerlukan akses sumber air bersih yang banyak, salah satu faktor penting yang menghalang Lithium dihasilkan secara lebih bersih dan mudah. Isu ini pernah diutarakan oleh Albemarle Corporation, salah satu syarikat yang menghasilkan lithium secara industri

Namun cabaran ini telah cuba dibuat oleh Schlumberger, salah satu syarikat yang aktif melombong petroleum dengan melibatkan diri dalam perlombongan lithium secara DLE di Nevada dengan proses baru yang langsung tidak menggunakan air. Namun proses ini masih dirahsiakan oleh mereka.

Bagi menyokong usaha ini, Jabatan Tenaga US akan menghadiahkan duit sebanyak 4 juta USD tunai kepada mana-mana syarikat yang berjaya merealisasikan teknik DLE dalam industri perlombongan Lithium. Keadaan ini disebabkan perkembangan penggunaan EV akan menyebabkan permintaan terhadap lithium meningkat kepada 3 juta tan setahun menjelang tahun 2025

Google ads
Back to top button