Buletin

KAKITANGAN HONDA DIGANTUNG KERJA GARA2 KOMEN BIADAP TERHADAP ARWAH ADIB

Sewaktu seluruh negara berduka dengan pemergian hero dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, masih ada manusia yang sanggup mengeluarkan komen “kurang ajar”. Di laman sosial facebook, individu bernama Caryn Yean telah membuat komen pendek yang cukup untuk membuatkan semua orang marah.

Caryn Yean membuat komen di Facebook yang berbunyi  “Bkn kerajaan gagal…tuhan u yg gagal xsembuhkan adib” (Bukan kerajaan yang gagal, tapi Tuhan kamu yang gagal menyembuhkan Adib), kemudiannya menjadi viral sekelip mata.

Ia mendapat kecaman netizen. Jelas langsung tiada peri kemanusian, adab dan simpati.

Honda Malaysia hari ini bertindak pantas dengan menggantung kakitangan tersebut – yang berkhidmat di salah satu pengedarnya, Sri Utama Auto Sdn Bhd.

Honda Malaysia tidak langsung mahu menyembunyikan “masalah” ini malah membuat posting terbuka di laman facebook mereka. Dengan jelas, mereka tidak dapat menerima komen sedemikian rupa dan ia bercanggah dengan nilai-nilai Honda yang menghormati setiap manusia dan individu.

Dalam kenyataan akhbar rasmi itu juga, Honda Malaysia mengambil kesempatan merakamkan ucapan takziah mereka kepada keluarga Allahyarham Adib dan juga tunangnya

 

Tags
Google ads
Back to top button