Peranti

KAMERA KOMPAK SAMSUNG NX300

Samsung Malaysia Electronics sekali lagi meningkatkan penanda aras untuk kamera kompak menerusi pelancaran NX300. Model terbaharu daripada rangkaian NX series itu menampilkan lensa NX45mm F1.8 2D/3D. Ia merupakan sistem satu lensa 3D pertama untuk sebuah kamera pengguna yang membolehkan anda merakam gambar dan video definisi tinggi (HD) dengan kualiti 3D.

NX300 dilengkapi enjin DRIMe IV unik binaan Samsung. Enjin DRIMe IV berupaya menawarkan kualiti imej dan speed yang mengagumkan. Bukan itu sahaja, ia juga membolehkan produksi semula warna dan pengurangan noise yang lebih baik.
Di samping menyokong video 1080p HD sepenuhnya yang dirakam dalam bentuk 2D atau 3D.

Serasi dengan keseluruhan rangkaian lensa NX dan aksesori profesional yang lain, NX300 menggabungkan ciri-ciri terbaik, kefungsian dan gaya untuk memberikan pengguna opsyen yang luas dalam menghasilkan rakaman sempurna.

mekanika -Samsung NX300 (2)

“Samsung faham mengenai pentingnya mengikut peredaran zaman. Justeru, pelancaran NX300 membuktikan komitmen kami untuk menyalurkan teknologi pengimejan terbaik kepada semua pengguna, tanpa berkompromi dengan aspek gaya dan reka bentuk.

“Ini bukan sekadar pengenalan Samsung NX300, malah kami menuju ke era komunikasi visual. Demi memberikan pengalaman terbaik kepada pengguna, kami telah menambah baik aspek ketersambungan dan integrasi di antara teknologi SMART Camera 2.0 kepada seluruh rangkaian peranti fotografi Samsung.

“Merakam dan berkongsi imej kini berada di hujung jari setiap jurugambar,” kata Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics, Kwon Jae Hoon.

Ketersambungan

Ketersambungan WiFi pada NX300 membolehkan pengguna berkongsi gambar secara serta-merta di antara kamera, telefon pintar atau tablet mereka. Untuk menyambungkan telefon pintar dengan kamera, anda hanya perlu memuat turun aplikasi Samsung SMART CAMERA untuk platform Android dan iOS. Kemudian, ikuti beberapa langkah mudah untuk membina sambungan dengan kamera.

NX300 akan mengesan dan menyambung secara automatik dengan telefon pintar sebaik sahaja aplikasi SMART Camera diaktifkan. Antara ciri yang ada termasuklah AutoShare. Ia membolehkan anda menghantar gambar berkuliti tinggi ke telefon pintar. MobileLink pula membenarkan pengguna memilih dan menghantar gambar atau album dari kamera terus ke telefon pintar. Sementara ciri Remote Viewfinder menjadikan fotografi semakin kreatif dan menyeronokkan.

mekanika -Samsung NX300 (7)

Ketersambungan WiFi NX300 yang telah dipertingkatkan juga membolehkan anda berkongsi imej bersama rakan atau keluarga secara terus menerusi laman sosial dengan hanya menekan butang Direct Link. Alternatifnya, imej akan disimpan secara automatik di dalam perkhidmatan cloud melalui AllSharePlay bagi memastikannya terus selamat dan mudah diakses.

Rakaman sempurna

Prestasi cemerlang imej NX300 datangnya dari alat pengesan (sensor) APS-C CMOS berkapasiti 20.3 Megapiksel yang baru. Imej yang dihasilkan adalah jelas dan warnanya hidup dalam semua kondisi cahaya.

Rangkaian ISO yang luas (ISO100-25600) meningkatkan lagi prestasi, biarpun imej dirakam di tempat gelap. Sistem Hybrid Auto Focus (AF) baharu pula menawarkan fasa pengesanan kontras yang pantas dan tepat. Manakala shutter speed 1/6000 sec dan rakaman berterusan 8.6fps (bingkai setiap saat) memastikan anda tidak terlepas apa jua momen penting.

mekanika -Samsung NX300 (1)

NX300 hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 84mm (3.31 inci),bersama skrin sentuh hibrid dan antara muka manual lima cara yang mudah untuk dioperasi.

Mudah digunakan

Smart Mode kamera ini mempunyai 14 setting berbeza seperti Creative Shot, Landscape, Light Trace dan Action Freeze yang menyesuaikan parameter-parameter seperti aperture dan shutter speed secara automatik.

NX300 boleh didapati di semua outlet Samsung mulai 8 April 2013. Maklumat lanjut mengenai peranti pengimejan digital Samsung, sila layari laman web: www.samsung.com/my atau Samsung Malaysia Facebook: http://www.facebook.com/samsungmalaysia.
[hr]

Galeri

mekanika -Samsung NX300 (3)mekanika -Samsung NX300 (5)mekanika -Samsung NX300 (8)mekanika -Samsung NX300 (9)mekanika -Samsung NX300 (6)mekanika -Samsung NX300 (11)

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button