Motosikal

SUZUKI SMASH V115

Pengedar rasmi motosikal jenama Suzuki di Malaysia, Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. (Suzuki Assemblers) baru-baru ini melancarkan model tambah baik (facelift)  Suzuki Smash V115.

Dibina berdasarkan kepada inspirasi jentera berkuasa tinggi siri Suzuki GSX-R, Smash V115 dikenali kerana enjinnya yang berkuasa tinggi, gayaan sporty dan mesra alam.

Reka bentuk luaran Smash V115 dibina dengan cukup sempurna. Nilai estetika model ini dipertingkat menerusi pelekat grafik terbaharu yang memberi impak ‘edgy’ pada keseluruhan gaya motosikal.

Smash V115 R 45 Degree Angle

Sementara rekaan chasis yang kompak untuk kerangka jenis ‘under-bone’ pula memberikan daya tahan yang hebat, sepadan dengan prestasi enjin yang menyumbang kepada kawalan sempurna di atas jalan raya.

Smash V115 digerakkan oleh unit enjin SOHC empat lejang berkuasa 115cc. Enjin dengan rekaan baharu itu dibina untuk pembakaran efisien. Selain mampu memberikan prestasi memberangsangkan di sepanjang jalur kuasa, daripada rpm rendah hinggalah rpm tinggi sambil mengekalkan penjimataan bahan api.

Sistem PAIR yang ada pada SmashV115 memastikan motosikal ini mesra alam dengan membantu membakar lebihan gas, sekali gus mengurangkan emisi berbahaya.

Motosikal ini hadir dalam tiga varian iaitu SmashV115 dengan harga asas (RM4,378), SmashV115 SD (RM4,627) dan SmashV115 SCD (RM4,877) seunit.

Kunjungi dan tunggang uji SmashV115 di mana-mana pengedar sah Suzuki hari ini. Maklumat lanjut,  sila hubungi Suzuki Assemblers di talian: 04-397 7453.

[hr]

Galeri

Smash V115 S 45 Degree AngleSmash V115 SR 45 Degree Angle_1

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button