
SAMSUNG GALAXY NOTE9 – 2 VARIAN, 4 WARNA, HARGA BERMULA RM3,699 SEUNIT
Samsung Malaysia Electronics semalam mengujakan pasaran telefon pintar tempatan apabila melancarkan peranti terbaharunya, Galaxy Note9.
Galaxy Note9 ditawarkan dalam dua varian iaitu dengan kapasiti 128GB (6GB RAM) dan 512GB (8GB RAM). Pengguna juga disediakan dengan slot MicroSD yang membolehkan storan ditingkatkan kepada 512 GB lagi.
Saya sempat melihat dari dekat dan mencuba sendiri beberapa ciri baru yang ada pada Note9, terutama apabila menggunakan S pen. Jadi, saya boleh katakan bahawa ini ialah peranti ideal untuk mereka yang gemar melakukan pelbagai tugasan menggunakan telefon pintar.
Note9 128GB boleh anda miliki pada harga RM3,699 seunit dengan tiga pilihan warna iaitu biru hitam dan tembaga. Manakala Note9 512GB yang berharga RM4,599 pula hadir dengan warna hitam sahaja.
Prestasi Sepanjang Hari
Pengguna memerlukan telefon yang tidak menghampakan mereka dan Galaxy Note9 boleh melakukannya.
- Bateri Sepanjang Hari: Galaxy Note9 dilengkapi bateri 4,000mAh yang merupakan bateri paling besar yang pernah digunakan untuk telefon siri Galaxy. Ia mampu bertahan sepanjang hari untuk berbual, menghantar teks, bermain dan menonton filem, dari pagi hingga malam.
- Simpan Lebih Banyak: Dengan penggunaan kad SD mikro, peranti ini menawarkan storan sehingga 1TB. Sentiasa ada ruang yang cukup untuk foto, video dan aplikasi kegemaran anda.
- Kelajuan dan Keupayaan: Galaxy Note9 dikuaskaan oleh pemproses 10nm termaju dan kelajuan rangkaian terpantas di pasaran (sehingga 1.2 gigabit sesaat) untuk tujuan penstriman dan memuat turun. Ia juga dilengkapi sistem Water Carbon Cooling dan algoritma pelaras prestasi berasaskan AI untuk prestasi yang stabil.
Evolusi S Pen
S Pen merupakan ciri tersendiri dalam siri Note. Ia membolehkan pengguna mencatat nota dan membantu Samsung mengembangkan idea tentang perkara yang boleh dibuat oleh telefon pintar.
Kini dengan sokongan Bluetooth Low-Energy (BLE), S membolehkan pengguna untuk merakam swafoto, bergambar, membentangkan slaid, menghentikan dan memainkan video serta banyak lagi.
Menghasilkan gambar sempurna
Galaxy Note9 dihasil berasaskan teknologi kamera Samsung yang memudahkan penghasilan gambar yang sempurna.
- Pengoptimum Latar Belakang: Kamera Galaxy Note9 merupakan kamera paling pintar pernah dihasilkan oleh Samsung setakat ini. Ia mampu mengenal pasti elemen-elemen foto, seperti latar belakang dan subjek, diklasifikasi secara automatik dari salah satu daripada 20 kategori dan seterusnya dioptimakan secara serta-merta.
- Pengesan Cela: Gambar yang dirakam pada kali pertama kadangkala tidak seperti yang diharapkan, tetapi Galaxy Note9 akan mengingatkan pengguna sekiranya ada yang tidak kena supaya mereka boleh merakam gambar lain tanpa membiarkan detik tersebut berlalu begitu saja. Notifikasi serta-merta akan muncul sekiranya imej kabur, mata subjek tertutup, terdapat kesan kotoran pada lensa atau pencahayaan belakang yang menjejaskan kualiti imej.
- Kamera Premium: Kamera Galaxy Note9 didatangkan dengan teknologi pengurangan gangguan dan lensa Dual Aperture yang melaras cahaya seperti mata manusia.
Paparan Infinity Display
Super AMOLED Infinity Display 6.4 inci membawakan pengalaman multimedia yang benar-benar mengasyikkan. Paparan itu dilengkapi pembesar suara stereo yang ditala oleh AKG.
YouTube menamakan Galaxy Note9 sebagai Signature Device yang berupaya membawakan pengalaman YouTube yang terbaik.
Galaxy Note9 juga membawakan pengalaman seumpama PC dengan Samsung DeX. Pengguna boleh membuat pembentangan, mengedit foto, dan menonton rancangan kegemaran pada skrin besar.
Apabila disambungkan kepada monitor, Galaxy Note9 dapat berfungsi sebagai komputer meja maya dan menjadi skrin kedua dengan sepenuhnya.
Teknologi premium
Galaxy Note9 didatangkan dengan beberapa ciri standard sepertipengecasan pantas tanpa wayar, IP68 kalis air dan habuk serta perkhidmatan Samsung seperti Samsung Health dan Samsung Pay.
Telefon pintar itu juga menampilkan platform keselamatan Knox. Selain pilihan keselamatan biometrik termasuklah imbasan cap jari, imbasan iris dan keupayaan pengecaman wajah.
Samsung Galaxy Note9 akan berada di pasaran bermula 24 Ogos 2018. Maklumat lanjut mengenai Galaxy Note9, sila layari: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note9/
GALERI