Peranti

SAMSUNG LANCAR TELEFON PINTAR GALAXY A SERIES 2017

Samsung Malaysia Electronics memulakan tahun 2017 dengan pelancaran rangkaian telefon pintar terbaharu mereka, Galaxy A Series. Dua telefon pintar itu ialah Galaxy A5 dan A7 2017. Peranti itu dilihat mampu memenuhi keperluan golongan millennial yang aktif dan sentiasa bersosial.

samsung-galaxy-a5-a7-2017-mekanika-4

“Maka, buat pertama kalinya kami menjadikan varian tahun 2017 kalis air dan debu. Selain hadir dalam bentuk yang cukup bergaya,” kata Naib Presiden Unit Perniagaan  IT & Mudah Alih, Samsung Malaysia Electronics, Lee Jui Siang.

Menjadi telefon pintar tahap pertengahan yang pertama dilengkapi penarafan tahan air dan debu IP68, Galaxy A Series 2017 menjanjikan ketenangan minda buat para pengguna.

samsung-galaxy-a5-a7-2017-mekanika-2

A Series 2017 dilengkapi kamera hadapan 16MP dan kamera belakang dengan lensa f1.9, bersama ciri Light+ Camera. Ciri itu menjanjikan kualiti foto yang lebih tajam dan cantik, walaupun pada waktu malam atau ketika kondisi cahaya yang malap. Malah, butang kameranya boleh dialih ke mana-mana sahaja untuk memudahkan anda merakam selfie.

A5 dan A7 menawarkan paparan skrin Super AMOLED HD penuh bersaiz 5.7 inci dan 5.2 inci. Memang sesuai untuk membolehkan anda menikmati kandungan di YouTube atau bermain permainan video.

samsung-galaxy-a5-a7-2017-mekanika-1

Bukan itu sahaja, kedua-dua peranti tersebut juga hadir dengan ciri Samsung Pay yang membolehkan anda membuat pembelian di premis yang menerioma kad kredit, debit dan kad prabayar. Samsung Pay merupakan satu perkhidmatan pembayaran yang mudah dan selamat, serasi dengan terminal NFC (Near Field Communication) serta MST (Magnetic Secure Transmission).

Samsung Pay kini sedang menjalani ujian beta dengan pemegang kad Maybank Visa terpilih. Lebih banyak kad bank seperti CIMB Mastercard, Citibank Mastercard & Visa, Standard Chartered Mastercard & Visa boleh menggunakan perkhidmatan sama tidak lama lagi.

Galaxy A Series (2017) didatangkan dengan kapasiti bateri lebih besar iaitu 3,600mAh untuk A7 dan 3,000mAh bagi A5. Selain kemampuan pengecasan pantas, penambahan storan sehingga 256GB, ciri Always-On Display, Secure Folder dan Samsung Cloud untuk kemudahan anda.

samsung-galaxy-a5-a7-2017-mekanika-5

Hadir dalam pilihan warna hitam dan emas, Galaxy A Series (2017) boleh didapati di semua kedai Samsung di seluruh negara mulai 25Januari 2017. Harganya ialah RM1,899 (Galaxy A7 2017) dan RM1,699 (Galaxy A5 2017), termasuk GST.

Jika anda menempah telefon pintar ini mulai 6 hingga 15 Januari 2017, anda akan menerima fon kepala tanpa wayar Samsung Level U Pro bernilai RM399 secara percuma. Pengambilan pra-tempahan itu akan bermula pada 25 Januari depan.

Untuk menempah secara dalam talian, sila layari laman web Lazada: http://lzd.co/samsung-galaxy-a-series dan 11street: http://promotion.11street.my/store/samsung.

Google ads
Back to top button