Peranti

SAMSUNG QLED 2018 – CETUS ERA BARU PAPARAN TV PINTAR

Samsung Malaysia Electronics hari ini memperkenalkan barisan model Samsung QLED TV 2018.

QLED TV didatangkan dalam saiz 55 hingga 75 inci. Ia ditawarkan pada harga bermula RM8,489 hingga RM34,904 seunit.

Disifatkan sebagai pemangkin kepada bermulanya era baru paparan TV pintar, QLED TV juga membuktikan visi Samsung terhadap masa depan industri televisyen global.

Sejak melakukan debut pada Mac lalu di New York, QLED TV menerajui pasaran global dari segi TV yang bersaiz ultra besar dab berdefinisi ultra tinggi.

Trend pengguna sekarang adalah mereka mahukan TV lebih besar, imej berkualiti tinggi, mudah dipasang, selain menggunakan teknologi AI untuk disambungkan dengan telefon pintar.

Bagi menghasilkan kualiti gambar yang mengagumkan, TV ini menampilkan teknologi Direct Full Array. Ie berfungsi memberikan kontras warna hitam dan putih yang tiada tandingan.

Dengan teknologi anti-reflection, anda boleh menonton televisyen dari mana-mana sudut tanpa ada efek silau. Sementara teknologi Q Engine pula akan menaik taraf kandungan pada skrin ke tahap UHD secara automatik.

Satu lagi ciri menarik pada televisyen baharu ini ialah Magic Screen. Ia sebenarnya merupakan ciri penjimatan tenaga. Pada masa yang sama menukar skrin TV menjadi paparan untuk imej dan memaparkan maklumat seperti cuaca atau berita pada masa sebenar.

Jika QLED TV dipasang pada dinding, ia akan meniru corak dinding, sekali gus mencipta kesan visual yang menarik.

Kita memang tidak suka kepada wayar-wayar berselirat di belakang TV. Justeru, Samsung telah membangunkan ciri One Invisible Connection yang mengintegrasikan semua kabel tersebut dengan begitu kemas.  

Selain QLED TV, Samsung turut memperkenalkan dua model Sound Bar iaitu HW-N650 dan HW-NW700.

Direka untuk golongan gamers, HW-N650 menampilkan teknologi Acoustic Beam untuk memberi kualiti bunyi yang mengasyikkan. Sound Bar ini boleh anda miliki pada harga RM2,451 seunit.

HW-NW700 yang berharga RM2,923 pula boleh dilekatkan ke dinding, seterusnya memberikan gayaan lebih cantik.

Sempena pelancaran QLED TV Samsung Malaysia Electronics menawarkan tawaran menarik kepada pengguna. Pelanggan yang membeli QLED TV Q9F, Q8C atau Q7F boleh memilih pakej hadiah bernilai sehingga RM5,282.

Jangan lepaskan peluang ini!

Google ads
"
"
Back to top button