BOSCH Mrec – Desktop
BuletinMotosikal

KAMI HARAP Y15ZR AKAN BERTUAH MINGGU INI – FAZRUL

SHARE

KAhmad Fazrul Sham percaya sedikit tuah mampu membawa pasukan mereka, AHM Motorsports Yamaha Racing untuk menjejakkan kaki di atas podium kategori CP150 pada saingan pusingan kedua Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang, 13 dan 14 April ini.

Barisan pelumba AHM Motorsports Yamaha Racing mempamer aksi memberangsangkan apabila Fazrul berjaya menamatkan saingan di kedudukan kelima manakala pelumba rookie, Md Shahzul Naim Razali di kedudukan ke-11.

Malang buat Md Iqbal Amri Malek yang sebelum itu melakukan kejutan apabila berjaya meraih petak mula di kedudukan pertama setelah muncul pelumba terpantas sesi kelayakan Superpole apabila terjatuh seawal pusingan kedua perlumbaan akhir yang dimenangi Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Idemitsu Honda Yuzy Racing.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

“Kami mempamer aksi diluar jangkaan sewaktu di Jasin, namun nasib tidak begitu menyebelahi kami setelah Iqbal terjatuh manakala saya pula mengalami sedikit masalah ketika sesi kelayakan,” jelas Fazrul yang pernah memenangi perlumbaan di Batu Kawan pada tahun 2008.

Tambahnya, “Jentera kami sangat baik. Saya berada di kelompok lima pelumba terbaik dalam setiap sesi di Jasin selain sesi kelayakan, jadi saya yakin kami akan kekal memberikan cabaran di Batu Kawan minggu ini.

“Mudah-mudahan sedikit tuah dan nasib lebih baik akan membantu kami untuk menaiki podium minggu ini,” jelas juara CP130 2015 itu.

Tags
Google ads
Back to top button