
Motosikal
YAMAHA Y15ZR SPECIAL EDITION 2025 DIUMUMKAN – RM9,498
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan Y15ZR Special Edition bagi tahun 2025 yang hadir dengan warna Bronze Fury.

Menurut Yamaha, Y15ZR SE itu boleh didapati dengan harga RM9,498 dan hadir dengan sport visor serta bakul premium Yamaha yang turut dilengkapi dengan pengecas USB Type-C.
Meskipun begitu, selain warna, spesifikasi Y15ZR SE ini kekal sama seperti model sedia ada. Ini bermakna model baharu ini masih lagi dipacu enjin satu silinder 150cc SOHC yang berupaya menjana 15.1hp pada 8,500rpm dan 13.8Nm pada 7,000rpm.

Setiap pembelian Yamaha Y15ZR SE ini juga akan hadir dengan safety disc lock bernilai RM100.