BuletinMotosikal

“KAMI TAK ADA DUIT NAK BUAT SUPERBIKE BARU” – MV AGUSTA

Dalam satu temuramah yang dibuat oleh Australian Motor Cycle News, Bos MV Agusta Giovanni Castiglioni memberitahu bahawa mereka kini tidak cukup dana untuk membangunkan produk baru dalam arena superbike.

Buat masa ini barisan keluaran motosikal MV Agusta terdiri dari model F4, F3, Brutale, Stradale dan Turismo Veloce.

BACA – MV AGUSTA F4Z SUPER PREMIUM

BACA – DEMAK EDAR MOTOSIKAL MV AGUSTA

Ditanya lebih lanjut mengenai pelan masa hadapan, Giovanni memberitahu mereka akan membuat pembangunan menerusi model sedia ada.

“MV Agusta merancang untuk hasilkan naked bike 1200cc dan nampaknya, model Brutale 800 akan jadi asas pada pengeluaran ini. Kami yakin, pasaran naked bike 1200cc sedang berkembang pesat dan jenama ini bakal menjadi pemain utama satu hari nanti,”

Pirelli-MV-Agusta-Diablo-Brutale-mekanika (2)
MV AGUSTA BRUTALE 800

Kenyataan ini adalah yang pertama dikeluarkan secara terbuka selepas MV Agusta diambilalih oleh syarikat pelaburan Rusia, Black Ocean.

Proses penstrukturan syarikat ini dikatakan berjalan lancar. Mereka akan terus fokus menghasilkan motosikal dalam kapasiti rendah, super premium dengan kualiti yang terbaik boleh dibeli.

MV Agusta mensasarkan untuk menjual sekitar 5,000 unit sebulan, berbanding 10,000 unit sebelum ini. Penstrukturan syarikat juga menyaksikan pengurangan tenaga kerja daripada 300 orang kepada 190 dan kakitangan R&D juga dikurangkan dari 70 ke 40 orang.

Google ads
Back to top button