Motosikal

YOSHIMURA HASILKAN SISTEM EKZOS KHAS UNTUK YAMAHA R1

Selepas mendapat maklum balas daripada pasukan perlumbaan Westby Yamalube, pengeluar ekzos terkemuka dunia, Yoshimura faham apa yang diperlukan oleh jentera berprestasi tinggi, Yamaha YZF-R1.

Justeru, syarikat dari Jepun itu menghasilkan sistem ekzos perlumbaan Alpha-T 3/4  yang didakwa mampu meningkatkan lagi prestasi R1. Dengan ekzos baharu itu, kuasa enjin dapat ditingkatkan sebanyak 5hp, manakala tork pula bertambah 6.78Nm.

yamaha-r1-yoshimura-alpha-t-mekanika-2

Memandangkan ia menjadi sistem 3/4 paling ringan pernah dihasilkan oleh Yoshimura untuk Yamaha R1, maka berat motosikal dapat dikurangkan sehingga 5.5kg berbanding ketika menggunakan ekzos asalnya.

BACA: GAMBARAN YAMAHA R25 2017 

BACA: YAMAHA  NVX 155cc DILANCARKAN DI MOTOGP SEPANG – KEMBAR NMAX YANG SPORTY

Menerusi ekzos Alpha-T 3/4, jentera yang dilengkapi enjin bersesaran 998cc itu mendapat gabungan bunyi daripada enjin pesawat Yamaha dan peredam Yoshimura Alpha-T. Memang terbaik!

yamaha-r1-yoshimura-alpha-t-mekanika-3

Sistem ekzos Alpha-T serba baharu hadir bersama pelindung panas yang diperbuat daripada gentian karbon. Ia boleh didapati dalam kemasan besi tahan karat atau titanium dan dihasilkan sepenuhnya di Amerika Syarikat.

Google ads
Back to top button