Buletin

SATU LAGI MISI KEMASYARAKATAN KUMPULAN DRB-HICOM DAN PROTON

DRB-HICOM dan Proton semalam telah menyumbangkan dua buah kenderaan iaitu TATA Xenon dan Proton Exora kepada Pusat Jagaan Al-FIkrah Malaysia.

Pusat Jagaan Al-FIkrah Malaysia merupakan sebuah pusat kebajikan untuk warga emas, pesakit kronik, orang kurang upaya dan mereka yang terdampar tanpa waris dan tempat tinggal serta saudara muallaf baru yang memeluk agama Islam.

proton-csr-al-fikrah-14

Pusat yang terletak di Kampung Sungai Sikamat, Kajang ini dihuni oleh 70 orang yang berusia antara 20 hingga 92 tahun di mana kebanyakannya daripada mereka berusia lebih daripada 50 tahun.

Kumpulan DRB-HICOM berharap agar sumbangan dua buah kenderaan ini dapat mengurangkan bebanan Pusat Jagaan Al-Fikrah dan digunakan sebagai pengangkutan bagi membawa penghuni pusat jagaan ini ke hospital dan sebagai kegunaan logistik dalam menguruskan pusat jagaan tersebut.

BACA – TOYOTA DERMA HILUX KEPADA MRA

BACA – KEMPEN DSFL OLEH FORD MALAYSIA

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat dengan bertujuan menyumbang kembali keuntungan perniagaan mereka kepada masyarakat.

proton-csr-al-fikrah-3

Penyerahan dua buah kenderaan ini disempurnakan di pusat jagaan tersebut oleh Dato’ Mohd Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton dan Encik Shamsuddin Hj IShak, Ketua Operasi Jualan DRB Commercial kepada Tuan Haji Azmi Mohd Zain, Pengerusi Pusat Jagaan Al-FIkrah Malaysia.

Abang Japar yang mewakili mekanika semalam membuat liputan nampaknya begitu sebak dan bila balik ke pejabat tak bertegur sapa langsung dengan kakitangan lain. Ya. Mungkin beliau mengenangkan realiti bagaimana bila kita tua nanti dan bila tak dipedulikan oleh anggota keluarga.

Apapun, syabas Proton. Terima kasih kepada DRB-HICOM, Terima Kasih kepada Dato Razif, Kak Balkish, Aini, Julaiha dan semua kakitangan yang terlibat. Korang memang steady dan jangan sesekali lupa kepada kami bila ada acara begini.

“Tiga hari tiga malam pun Abang Japar boleh ikut,” ujar Abang Japar ketika ditemubual oleh laman web termashyur di bumi, mekanika.com.my.

proton-csr-al-fikrah-12

Kepada anda yang mampu dan ingin menyumbang bolehlah sedikit sebanyak membantu kepada pusat Jagaan ini. Maklumatnya adalah seperti di bawah;

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia

564155551966
(Maybank Islamic)
Semua cek/kiriman wang/resit pemindahan akaun, sila alamatkan kepada :
Pusat Jagaan Al Fikrah Malaysia,
No. 683 Jln Sekolah,
Kg. Sungai Sikamat, Batu 12 1/2,
Jalan Cheras 43000, Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
 

Telefon : 03 – 8733 0715

Keperluan sumbangan anda adalah untuk membiayai keperluan penghuni seperti berikut :
  • Makanan harian
  • Sewa premis
  • Utiliti seperti bil elektrik/air/telefon/suratkhabar/majalah
  • Emolumen/gaji pekerja termasuk KWSP dan SOCSO
  • Kos pengangkutan untuk rawatan hospital dan klinik
  • Pendidikan kerohanian/ modal insan/ pembangunan diri
  • Peralatan perubatan seperti kasut roda/oxygen/concentrator/ripple mattress/ suction pump/pampers/nebulizer dan lain-lain
  • Peralatan harian seperti katil/tilam/bantal/selimut
  • Pakaian
  • Pengubahsuaian premis seperti peralatan khas OKU, bilik air, ruang solat, ruang makan, dewan aktiviti, ruang riada, stor dan sebagainya.
Semoga Allah SWT merahmati sumbangan tuan-tuan dan puan-puan.
Google ads
Back to top button