
KARNIVAL JUALAN MEGA MAZDA DATANG LAGI!!!!
Sempena dengan sambutan kedatangan ahli keluarga baru Mazda enjin disel atau dikenali dengan Mazda Skyaktiv-D, Bermaz Motor bakal mengadakan promosi jualan mega yang akan bermula hunjung minggu ini.
Bertempat di Pusat Pameran Mazda di Glenmarie Shah Alam pada 3 dan 4 September ini, pelbagai hadiah menarik disediakan kepada pembeli bertuah. Baucar RM10,000 adalah antara yang menanti kepada pembeli yang hadir menempah kereta pada minggu ini.
Mazda Skyaktiv-D merupakan rangkaian terbaru yang diperkenalkan Bermaz Motor, selaku pemegang francais jenama Mazda di Malaysia. Enjin disel generasi baru ini bukanlah seperti enjin disel lori Alam Flora yang lalu di hadapan rumah anda setiap pagi. Tidak, ia tidak mengeluarkan asap hitam. Ia sangat bersih malah lebih bersih dari sesetengah kereta berenjin petrol hari ini.
Enjin diesel yang dikenali sebagai SKYACTIV-D itu merupakan enjin diesel yang bukan sahaja bersih, malah berkuasa dan sangat menjimatkan. Mazda SKYACTIV-D dilihat berjaya menyelesaikan banyak isu yang biasanya dikaitkan dengan enjin diesel. Hasilnya, enjin diesel itu lebih kecil, ringan dan berkuasa.
Enjin diesel yang dipadankan dengan kotak gear automatik itu berupaya menghasilkan kuasa 173hp @ 4,500rpm. Percayakah anda bahawa output tork enjin tersebut dapat mencapai sehingga 420Nm? Kuasa yang bersamaan dengan enjin petrol V8, tetapi jauh lebih menjimatkan.
Enjin diesel generasi baru ini hadir dengan pengecas turbo dua peringkat. Ini bagi menawarkan maklum balas yang lancar dan linear daripada pecutan enjin yang rendah hingga tinggi. Di samping menambah baik aspek tork akhir yang rendah dan tinggi.
Bagi yang tak berkesempatan pada hujung ,minggu ini boleh mengikuti promosi semasa Mazda dengan roaadshow yang akan di adakan di Ikano Damansara bermula 29 Ogos (hari ini) hingga 4 September. Masih tak sempat? Ada lagi pada 7 Sept hingga 9 Sept di AEON Mall Bukit Tinggi Klang.