
Motosikal
MOTOSIKAL 4 TAYAR LAZARETH LM 847
Sememangnya pereka motosikal Perancis ini, Lazareth seorang yang gila.
Model Lazareth LM 847 itu melakukan debut pada Geneva Motor Show 2016. Ia dijana enjin 4.7 liter V8 yang diambil daripada supercar Maserati.
Motosikal empat tayar ini mampu menghasilkan tenaga sehingga 470hp @ 7,000rpm. Maka tidak hairan ia memerlukan brek Brembo dengan lapan angkup untuk menghentikan jentera seberat 400 kg ini.
Tork LM 847 ialah 620Nm @ 4, 750rpm. Ini bermaksud ia mampu membakar tayar dalam apa juga posisi gear dan kelajuan jika diperlukan.
Transmisi yang ditawarkan juga adalah ringkas. LM 847 menggunakan kotak gear gandingan hidraulik satu kelajuan untuk menghantar kuasa ke roda belakang melalui pemacu rantaian kembar .