Buletin

KARYA SENI CAPTURE-LIFE-IN-3D

TC Euro Cars (TCEC), kini membawakan pengalaman unik dan interaktif iaitu ‘Capture Life in 3D’ kepada orang ramai menerusi satu siri jelajah bermula pada 21 April.

Berada di tengah pentas ialah sebuah karya seni 3D setinggi lapan kaki yang menampilkan Renault Captur, ‘Capture Life in 3D’ dalam tiga senario berbeza. Tirai latarnya direka untuk menyerlahkan tiga elemen utama crossover tersebut iaitu menyeronokkan, bergaya, berani, versatil dan urban.

Dihasilkan oleh artis berbakat berusia 38 tahun Chekri Mansor, karya seni ‘Capture Life in 3D’ dihasil menggunakan teknik airbrush dan berus biasa untuk mencipta perincian halus yang meningkatkan lagi kesan 3D.

Para pengunjung siri jelajah Renault ‘Capture Life in 3D’ bukan sahaja dapat berinteraksi dengan dinding 3D tersebut, malah boleh mengambil bahagian dalam peraduan foto untuk memenangi hadiah dan barangan eksklusif.

Untuk mengambil bahagian, mereka perlu merakam gambar secara kreatif yang selari dengan tema 3D yang dipersembahkan. Peserta kemudian mestilah menghantar foto bersama keterangan gambar yang kreatif dan hashtag #CaptureLifein3D ke laman Facebook Renault Malaysia (www.facebook.com/RenaultMalaysia).  Sebanyak sepuluh hadiah akan diberikan di setiap lokasi jelajah.

Siri jelajah Renault ‘Capture Life in 3D’ akan diadakan pada tarikh dan lokasi berikut:

  1. 21 – 24 April 2016: Setia City Mall, Shah Alam, Selangor
  2. 13 – 15 May 2016: Sutera Mall, Johor Bahru, Johor
  3. 19 – 22 May 2016: Gurney Paragon, Georgetown, Penang
  4. 23 – 26 June 2016: Sunway Pyramid Shopping Mall, Bandar Sunway, Selangor

Maklumat lanjut mengenai diri jelajah Renault ‘Capture Life in 3D’ atau crossover Renault Captur, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Google ads
Back to top button