Motosikal

SKUTER YAMAHA CYGNUS RAY ZR

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini melancarkan Cygnus Ray ZR ke pasaran India. Ia merupakan model tambahan kepada skuter Cygnus Ray Z yang sudah ditawarkan kepada pengguna di sana.

Yamaha-Cygnus-Ray-ZR-mekanika (3)

Tampil dengan rekaan luaran bergaya dan enjin BLUE CORE baru, skuter tersebut dibina berasaskan kepada konsep “REAL” Boys Scooter generasi seterusnya.

Gaya Cygnus Ray Z yang lebih agresif dijangka dapat menarik minat golongan muda. Bahagian hadapannya tampil garang, di samping garis-garis tajam dan rekaan belakang yang menyerlah.

Bagi meningkatkan aspek praktikalitinya, skuter ini menawarkan ruang kargo di bawah tempat duduk yang luas. Malah, tempat duduknya kini lebih tebal untuk memberi keselesaan kepada penunggang.

Yamaha-Cygnus-Ray-ZR-mekanika (2)

Cygnus Ray ZR hadir dalam varian standard dan premium. Model premium dibezakan menerusi rim aluminium, brek cakera dan fender pada bahagian bawahnya.

Pasaran motosikal di India sememangnya sangat besar. Pada tahun 2015, ia menyaksikan permintaan sebanyak 15 juta unit. Angka itu dijangka meningkat kepada 19 juta unit menjelang tahun 2018. Skuter mewakili 25 peratus daripada jumlah tersebut.

Maka tidak hairanlah jika Yamaha Motor dilihat cukup aktif dalam menawarkan rangkaian skuternya.  Cygnus Ray  disasarkan kepada pengguna wanita, Cygnus Ray Z  untuk remaja lelaki, Cygnus α lebih berorientasikan keluarga dan skuter Fascino bagi mereka yang mementingkan gaya.

Skuter ini ditawarkan pada harga 52,000 rupee (RM3,057) seunit. Yamaha mensasarkan untuk menjual sebanyak 130,000 unit Cygnus Ray ZR dalam tempoh setahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button