Buletin

KASUT RODA ELEKTRIK – MAMPU CAPAI 25KM/J, 20KM SEKALI CAJ, BERMULA RM2,580

Nampak gayanya bukan hanya kereta dan motorsikal sahaja dijana oleh kuasa elektrik. Baru-baru ini, Atmos Gear Perancis telah memperkenalkan rollerblade atau kasut roda berkuasa elektrik yang membolehkan anda  meluncur laju ke tempat kerja.

Sekali pandang, ia kelihatan seperti sepasang kasut roda biasa tetapi sebenarnya terdapat motor elektrik dipadankan pada kasut roda berkenaan.

Menurut kenyataan Atmos Gear, kasut itu mampu mencapai kelajuan 25km/j dan boleh dikawal oleh alat kawalan jauh. Sebagai alternatif, kasut roda itu akan disertakan dengan mod pintar untuk membantu anda bergerak lebih pantas.

Rodanya didatangkan dengan bateri yang boleh membawa anda sehingga 20km. Ini bermakna pelanggan boleh menggunakan kasut roda dari stesen MRT ke pejabat, sekiranya berada dalam jarak yang bersesuaian.

Ia juga agak ringan, iaitu hanya 800 gram. Kasut roda itu jadi ringan kerana bateri tidak berada di dalam rollerblade itu sendiri. Sebaliknya, penunggang perlu memakai pek kipas yang mengandungi bateri.

Kasut roda itu boleh dicas semula yang mengambil masa satu jam untuk setiap pengecasan penuh. Sebenarnya, kasut roda ini juga boleh dicas semula ketika sedang digunakan, namun Atmos Gear tidak menyatakan dengan tepat bagaimana ia berfungsi.

Anda berminat? Apa yang perlu ada sekarang adalah kesabaran kerana Atmos Gear hanya menerima tempahan awal sekiranya terdapat 200 orang yang berminat untuk mendapatkan kasut roda berkuasa elektrik ini.

Harga? Sudah tentu kasut roda berkuasa elektrik tidak didatangkan dengan harga yang murah. Harga bermula sekitar AS$590 (RM2580) atau sekiranya anda sudah memiliki kasut, Atmos Gear turut menawarkan pemasangan bateri pada kasut roda anda. Pakej tersebut bernilai AS$536 (RM2,343).

Google ads
Back to top button