
BRITISHVOLT SEDIA MELABUR RM752 JUTA UNTUK EKOSISTEM EV DI INDONESIA
Syarikat pemula bateri yang berpangkalan di Britain, Britishvolt dilapor bersedia untuk melabur dan memasuki ekosistem kenderaan elektrik di Indonesia.
Hal tersebut didedahkan oleh Menteri Pelaburan/Ketua Lembaga Penyelaras Pelaburan (BKPM) Indonesia, Bahlil Lahadalia yang turut menyatakan pelaburan Britishvolt kini dalam peringkat muktamad.
Melalui laporan BBC, pelaburan tersebut bernilai lebih AS$172 juta (RM752 juta). Namun, cerita di sebaliknya, pelaburan Britishvolt adalah lebih kepada menyelamatkan syarikat daripada berada dalam situasi tidak menentu hingga boleh menyebabkan pelabur lari.

Oleh itu, Britishvolt menyatakan minat untuk melabur ke dalam industri kenderaan elektrik di Indonesia kepada DeaLab Group, pelabur ekuiti persendirian yang berpangkalan di UK yang terlibat dengan transaksi bahan api fosil dan tenaga boleh diperbaharui di Indonesia.
Bahlil menegaskan pelaburan dalam ekosistem kenderaan elektrik yang sedang dibina kerajaan Indonesia itu terbuka kepada semua negara. Ini bermakna tiada keutamaan negara khusus untuk melabur dalam ekosistem EV di Indonesia.
Bahlil memberi contoh, syarikat LG dari Korea Selatan telah masuk dengan nilai pelaburan AS$8.9 bilion (RM39 bilion). Kemudian, pelaburan CATL dari China pula bernilai AS$5.2 bilion (RM22 bilion).
Bahlil memberitahu akan ada pelabur baharu dari Jepun dan Amerika Syarikat yang berminat untuk melabur dalam ekosistem EV di Indonesia. Bagaimanapun, Bahlil tidak mahu menyebut nama syarikat itu kerana belum ada perjanjian sah.
Pada tahun ini, Indonesia menyasarkan pelaburan sebanyak Rp1,400 trilion (RM396 juta) dan komited untuk melakukan penambahbaikan terhadap pelbagai jenis halangan sedia ada.
“Inilah yang akan kita lakukan dalam tempoh 3 hingga 4 bulan supaya dapat segera menjalankan proses mendapatkan permit lokasi termasuk AMDAL [Analisis Kesan Alam Sekitar],” Kata Bahlil.
Bagi Britishvolt pula, sekiranya perjanjian pelaburan berjaya dimuktamadkan, ia membolehkan syarikat itu meneruskan cita-cita tinggi untuk membina sebuah kilang yang mampu menghasilkan 30 gigawatt jam bateri, secara matematik, cukup untuk ratusan buah EV.
Sekiranya itu berlaku, ia sekali gus mencapai matlamat kerajaan UK yang menjanjikan AS$107 juta (RM4.6 bilion) sebagai wang sokongan kepada syarikat pemula itu. Selain mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada hampir 3,000 orang.
- BACA: HYUNDAI RANCANG PANDU UJI KERETA TERBANG DI IBU KOTA BAHARU INDONESIA, NUSANTARA TAHUN 2024
- BACA: CITROEN LEBAR SAYAP KE PASARAN INDONESIA, PENGELUAR DARI EROPAH MULA BUKA MATA
- BACA: MENTERI INDUSTRI INDONESIA UMUM PEMBELI EV BAKAL NIKMATI SUBSIDI SEHINGGA RM22K!
- BACA: HYUNDAI MOTOR COMPANY DAN PT ADARO MINERALS INDONESIA TANDATANGANI MOU BEKALAN ALUMINIUM









