Motosikal

AVETA LANCAR  SPORT BIKE VZR250. 25.4HP, 3 PILIHAN WARNA, BERMULA RM15K

Aveta Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi model sport bike pertamnya, VZR250 ke pasaran tempatan. 

Disasarkan untuk penunggang muda, jentera otu hadir dengan rekaan moden dan sporty. Ia nyata sesuai untuk penunggang yang sering berulang-alik melalui laluan bandar atau jalan terbuka. Motosikal ini pasti memberikan tunggangan yang menarik dan menyeronokkan.

Sport bike berkenaan dikuasakan oleh enjin silinder tunggal DOHC empat lejang yang mampu menjana 25.4hp dan tork maksimum 21Nm. 

Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear 6-kelajuan dan sistem penyejukan cecair untuk memastikan enjin berjalan pada suhu optimum. 

Salah satu ciri menarik VZR250 ialah sistem bahan api  yang menggunakan sistem EFI (suntikan bahan api elektronik) untuk memberi lebih penjimatan dan kuasa. Jadi, dengan tangki berkapasiti 14 liter, penunggang tidak perlu kerap singgah di stesen minyak. 

Aspek keselamatan dipertingkatkan menerusi penggunaan brek cakera berkembar dengan 4 piston di hadapan dan brek cakera tunggal dengan 2 omboh di belakang. Sistem suspensi pule terdiri daripada jenis teleskopik di hadapan dan monoshock pada roda belakang. 

Kedua-dua brek itu menggunakan teknologi CBS (sistem brek gabungan) yang membantu mengagihkan daya brek secara sekata do antara roda hadapan dan belakang .

VZR250 ditawarkan pada harga RM14,998 serta boleh didapati dalam tiga warna iaitu hitam, merah dan biru.

GALERI

Google ads
Back to top button