Motosikal

KAWASAKI NINJA 250SL

Jika anda sedang berkira-kira untuk mendapatkan sebuah motosikal supersport pada harga mampu milik, tidak usah berfikir panjang lagi. 

kawasaki-ninja-250SL-mekanika (12)

Ini kerana Kawasaki Motors Malaysia (KMM) baru sahaja melancarkan model yang dikenali sebagai Kawasaki Ninja 250SL. Harus tahu bahawa ia tidak menggantikan model Ninja 250R atau Z250 sedia ada. Sebaliknya, pengenalan Ninja 250SL dibuat bagi memberi lebih banyak pilihan kepada penggemar motosikal berkuasa 250cc jenama Kawasaki.

kawasaki-ninja-250SL-mekanika (13)

Model ini sebenarnya menggantikan Ninja 150RR yang telah ditamatkan produksinya pada tahun lalu. Apa yang pasti, Ninja 250SL menyediakan prestasi lebih baik demi memenuhi ekspektasi para pelanggan.

kawasaki-ninja-250SL-mekanika (15)

Ninja 250SL digerakkan oleh enjin empat lejang bersesaran 249cc silinder tunggal dengan sistem penyejukan cecair. Ya, enjin itu turut digunakan pada model KLX 250. Tetapi ia telah menerima talaan semula bagi disesuaikan dengan karekter tunggangan Ninja 250SL.

Disifatkan sebagai enjin yang high revving, ia mampu menjana kuasa mencecah 28PS @ 9,700rpm dan tork puncak 22.6Nm @ 8,200rpm. Enjin ini menawarkan kuasa yang responsif pada julat rev yang rendah dan sederhana. Kuasa itu kemudian dialihkan ke roda belakang menerusi kotak gear enam kelajuan.

kawasaki-ninja-250SL-mekanika (20)

Jentera ini dibina di atas kerangka Trellis dengan sistem suspensi fork konvensional  untuk roda hadapan dan jenis monoshock di bahagian belakangnya. Tugas membrek pula diserahkan kepada brek cakara tunggal pada kedua-dua roda.

kawasaki-ninja-250SL-mekanika (3)

Menurut KMM, SL itu merujuk kepada “Slim” (kurus/ramping) dan “Lightweight” (ringan).  Maka tidak hairanlah jika Ninja 250SL sebenarnya 21 kilogram lebih ringan berbanding model Ninja 250.

kawasaki-ninja-250SL-mekanika-xtra (2)

Rakan-rakan yang sempat menunggang uji di Litar Antarabangsa Sepang menyatakan bahawa jentera tersebut memang mudah dikendalikan. Gear dapat ditukar dengan lancar dan kuasa membrek juga begitu meyakinkan.

kawasaki-ninja-250SL-mekanika-xtra (4)

Dibawa masuk ke pasaran tempatan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU) dari Indonesia, Ninja 250SL didatangkan dengan dua warna menarik iaitu hijau dan kuning. Ia boleh menjadi milik anda pada harga RM17,689 seunit (tidak termasuk insurans), bersama jaminan selama dua tahun atau perbatuan mencecah 20,000km.

kawasaki-ninja-250SL-mekanika-xtra (3)

Optimis dengan penerimaan pengguna terhadap model terbaharu ini, KMM mensasarkan untuk menjual 1,500 unit Ninja 250SL setahun.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button