Pandu Uji

NISSAN TEANA 2.5XV

Minggu depan, pasaran sedan segmen D akan menyaksikan satu lagi model diperkenalkan.  Biarpun bukan model baru sepenuhnya, tetapi Nissan Teana sememangnya tampil dengan lebih yakin dan bergaya kali ini. 

SONY DSC

Berbeza dengan model terdahulu, penampilan Teana baharu nyata lebih kontemporari. Imej ‘uncle’ yang begitu pekat, dibuang sedikit. Sekali gus menjadikannya lebih mesra kepada bakal pembeli muda yang berpotensi.

Teana facelift ini mula menarik minat orang ramai apabila ia diperkenalkan pada acara Bangkok Motor Show 2014, Mac lalu.  Pengedar kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) nampaknya tidak menunggu lama untuk menawarkan Teana baharu kepada pengguna tempatan.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (13)

Bagi merasai sendiri perbezaan pemanduan dan kualiti buatannya, Mekanika Malaysia telah dijemput oleh ETCM untuk memandu uji sedan tersebut dari Kuala Lumpur menuju ke Tanjung Malim.

Walaupun tidaklah terlalu jauh, namun  perjalanan yang merangkumi lebuh raya dan jalan kampung itu sudah memadai untuk mengetahui sedikit sebanyak karekter  pemanduan yang mampu ditawarkan oleh Teana.

SONY DSC

ETCM akan menawarkan Teana dalam tiga varian iaitu 2.0XE, 2.0 XL dan 2.5 XV. Jika model 2.0XE dan 2.0 XL mengguna enjin sama (DOHC, empat silinder 16 injap sebaris, CVTC) pada Teana sebelum ini, varian 2.5XV pula dijana oleh enjin baharu dengan sistem CVTC berkembar. Sudah pasti hamburan kuasanya lebih terasa.

Memang saya berkesempatan untuk memandu uji dua varian iaitu 2.0XL dan Teana 2.5XV. Tetapi, rebiu ini akan fokus kepada Teana 2.5XV sahaja. Ulasan tentang pemanduan varian 2.0XL akan menyusul nanti.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (7)

Baiklah, sebagai varian paling mahal, Teana dilengkapi dengan semua ciri terbaik. Antaranya ialah lampu utama jenis xenon dengan lensa projektor, bumbung suria, rim bersaiz 17 inci, tempat duduk kuasa untuk pemandu dan penumpang, sistem audio premium Bose, lampu mood LED serta banyak lagi.

Sebagai sebuah sedan eksekutif, Teana sememangnya menawarkan pemanduan yang cukup selesa. Suspensi multi-link pada roda belakang menawarkan lebih kestabilan terutama ketika membelok.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (9)

Keyakinan ketika memandu juga banyak dibantu oleh stereng kuasa elektro-hidraulik (EHPS). EHPS menawarkan menggabungkan kestabilan stereng hidraulik dengan penjimatan stereng kuasa. Jadi, pemandu akan berasa Teana mudah dikendalikan ketika hendak memakir dan lebih yakin ketika memandu pada kelajuan tinggi.

Biarpun sedan dalam segmen ini mementingkan aspek keselesaan, Teana 2.5XV bagaimanapun cuba untuk tampil sebagai jentera yang menawarkan kawalan terbaik dalam kelasnya.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (14)

Aspek itu banyak dibantu oleh sistem kawalan seperti Active Under-Steer Control (AUC).Keberkesanan AUC diuji apabila saya perlu memandu Teana di atas jalan yang disimbah air dan perlu melalui kon yang telah disusun.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (16)

Gabungan AUC, Vehicle Dynamic Control (VHC) dan Traction Control System (TCS) memang banyak membantu olengen tubuh dan kereta dapat dikawal dengan lebih meyakinkan.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (15)

Oh ya, semua varian Teana dilengkapi rangkaian sistem keselamatan yang impresif. Ini termasuklah enam beg udara, Hill Start Assist (HSA), sistem brek ABS serta EBD dengan BA. Ini secara tidak langsung meletakkan satu penanda aras baharu buat sedan segmen D.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (18)

Berada di dalam kabin Teana, anda akan perasan bahawa tempat duduknya memang selesa. Pemilik Teana sebelum ini pasti bersetuju dengan saya. Kini aspek itu ditambah baik apabila Teana dilengkapi oleh tempat duduk yang direka berinspirasikan rekaan sifar graviti.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (21)

Tempat duduk itu membantu mengurangkan beban pada bahagian otot dan tulang belakang. Sekali gus mengurangkan keletihan jika terpaksa mengharung perjalanan yang panjang.

Keselesaan itu ditambah dengan kualiti kedapan bunyi yang membuatkan kabin Teana memang senyap. Sehinggakan agak sukar untuk anda mendengar bunyi bising dari luar. Jadi, bolehlah pemandu dan penumpang menikmati kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sistem audio Bose yang dibekalkan bersama sembilan unit pembesar suara. Satu padanan yang sempurna!

SONY DSC

Dijana oleh unit enjin baharu, kuasa bukan satu masalah. Kelancaran pemanduan diserlahkan lagi apabila enjin yang mampu menghasilkan kuasa mencecah 173PS dan tork maksimum 234Nm itu dipadankan dengan kotak gear XTRONIC CVT.

Nissan-Teana-test drive-mekanika (12)

Pendek kata, Teana baharu cuba lari daripada stereotaip yang dilemparkan oleh pengguna. Pada masa sama mengekalkan DNA sebuah sedan yang selesa dan diyakini kualitinya.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button