,
Motosikal

KAWASAKI NINJA H2R KALAHKAN JET PEJUANG F-16 DAN JENTERA F1 DALAM PERLUMBAAN DRAG DI TURKI

Festival aeroangkasa dan teknologi pertama Turki, Teknofest Istanbul dimeriahkan dengan perlumbaan drag yang tidak disangka-sangka.

Dianjurkan di lapangan terbang baharu di Istanbul, perlumbaan drag tersebut menyaksikan beberapa jentera hebat bersaing untuk muncul juara di garisan penamat.

Perlumbaan itu melibatkan sebuah jet pejuang F-16 milik pasukan demonstrasi penerbangan popular, SoloTürk daripada Angkatan Tentera Udara Turki. Tidak ketinggalan ialah sebuah kereta lumba Redbull F1 yang dipandu oleh pemandu ujian F1 Redbull, Jake Dennis.

Ia turut disertai sebuah Tesla P100DL yang dipandu oleh pemandu terkenal Emma Kimilainen, sebuah Lotus Evora 430 GT, sebuah Aston Martin Vantage, jet peribadi Challenger 605 dan Kawasaki H2R yang ditunggang oleh juara dunia, Kenan Sofuoğlu.

Cabaran sejauh 0.40km (suku batu) itu menyaksikan Kawasaki H2R berjaya mengalahkan semua peserta dengan catatan masa 9.43 saat. Tempat kedua diisi oleh kereta Redbull F1, sebelum diikuti oleh F-16.

Acara itu menyempurnakan impian Sofuoğlu untuk berlumba dengan F-16 dan kereta F1.

Pada Mei lalu, Sofuoğlu mengumumkan persaraan selepas perlumbaan di Itali, sekali gus menamatkan kerjayanya yang cemerlang dengan memperoleh lima Kejuaraan Supersport Dunia.

kredit foto: Daily Sabah

Tags
Google ads
Back to top button